|
Written by 9M4CME - MARES Admin
|
|
Jun 19, 2006 at 10:46 AM |
Sedikit panduan dari rakan ham kepada semua rakan ham lain.
Berikut saya paparkan disini tulisan mengenai Asas Pengendalian Radio
(QSO) untuk dikaji dan diperbetulkan. Serba sedikit adalah dari
pengalaman dan beberapa bahan rujukan serta diterjemahkan mengikut
kesesuaian. Mohon rakan-rakan semua sudi memberi komen atau pembetulan
jika ada kesalahan atau kesilapan, saya dahului dengan jutaan terima
kasih.
Terbahagi kepada 7 bahagian:
1. Asas Pengendalian
2. Penggunaan Radio
Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
3. Panggilan Pertama
4. Menjawab Panggilan
5. Panggilan Terus
6. Memanggil CQ untuk
membuat panggilan
7. Menjawab Panggilan CQ
1. Asas Pengendalian
Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting
yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati
bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya
terdiri dari berbagai "Mode" dan "Band" dengan pendekatan yang agak
berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan
atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau "Kontek Perdana".
Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membuat
keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan
Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui
Pancar Ulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di
band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.
2. Penggunaan Radio
Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B
dengan "Suffix" 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh,
yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pancar Ulang
tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah
dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima
(Downlink) "Offset" serta "CTCSS Tone" yang betul, anda telah bersedia
untuk membuat panggilan yang pertama.
Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda
Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda
buat ialah meneliti sebutan 'Phonetics' jika rakan yang menerima nanti
minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign)
anda. Contoh: 9W2BBA ejaan 'Phonetics' ialah NINE WISHKEY TWO BRAVO BRAVO
ALPHA.
3. Panggilan Pertama
Untuk panduan ini anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu
dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan mggunakan Pancar Ulang
yang boleh dijangkau untuk kawasan tersebut. Kawasan seperti Lembah
Klang dan yang berada dalam liputan Pancar Ulang.
1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut
contohnya "9W2BBA
mendengar" anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan
(CallSign) anda sendiri.
**
"9W2BBA listening"
Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa
jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali,
tapi kali ini dengan menyebut "9W2BBA
memantau dan mendengar panggilan".
**
'9W2BBA is monitoring and listening for a call'
Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan "CQ" di Pancar Ulang
walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai
panggilan "CQ" nanti.
2. Anda mendapat jawapan contoh seperti "9W2BBA,
disini 9W2CKO di Shah Alam kembali. Nama saya Othman. Kembali kepada
anda".
**
"9W2BBA, this is 9W2CKO at Shah Alam returning. My name is Othman. Back
to you."
Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab
semula panggilan tadi.
3. Tekan butang PTT dan jawab. Pada peringkat ini perbualan atau
perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan
atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda
maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan
mengatakan "Ganti"
atau "Kembali kepada anda".
**
"Over" or "Back to you."
Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan
atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut "9W2CKO disini
9W2BBA Ganti".
**
"9W2CKO this is 9W2BBA. Over."
Penggunaan "Ganti" (Over) atau "Kembali kepada anda" (Back to you)
adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai
bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.
4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam
atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan "9W2CKO disini
9W2BBA keluar dan memantau." Itu jika anda masih ingin
memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan ".... keluar
dan QRT." sebagai ganti.
**
"9W2CKO this is 9W2BBA clear and monitoring." or "...clear and QRT"
4. Menjawab Panggilan
Menjawab panggilan melalui Pancar Ulang dengan Radio Bimbit adalah
serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya
memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2CKO memanggil di Pancar Ulang
dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:
1. "9W2CKO
disini 9W2BBA. Selamat Pagi. Nama saya Bujang dan Lokasi saya di
Subang. Kembali kepada anda."
**
"9W2CKO this is 9W2BBA. Good morning. My name is Bujang and my location
is Subang. Over to you."
2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah
dibincangkan diatas. Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali
sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang
baru menyertai perbualan (QSO) anda.
5. Panggilan Terus
Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada
rakan anda tanpa menggunkan Pancar Ulang (Repeater). Samada anda
menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang
anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan
Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pancar Ulang.
Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan "Antenna" dan propogasi
untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian"Tuning" "Antenna"
sebelum memulakan panggilan anda.
6. Memanggil CQ untuk
membuat panggilan
Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band.
1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360
Mhz. Bercakap dengan terang dan jelas "Adakah
frekuansi ini digunakan? Disni 9W2BBA." Jika anda tidak
mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan
kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka boleh lah
pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi
tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan
cuba lagi dengan panggilan anda. Jika anda dijemput
bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda
hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan
rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.
**
"Is this frequency in use? This is 9W2BBA."
2. Buat panggilan "CQ CQ CQ.
Disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha memanggil CQ CQ CQ. Disini
Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha
memanggil CQ dan menunggu panggilan."
**
"CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha calling CQ CQ CQ.
This is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha, Nine Whiskey Two Bravo
Bravo Alpha calling CQ and waiting for a call."
Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada
di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam
keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.
3. Jika anda mendengar contohnya "Nine Whiskey
Two Bravo Bravo Alpha disini Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar
memanggil."
4. Anda hendaklah menjawab dengan "Nine Whiskey
Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha.
Terima Kasih atas panggilan
anda.
Terima anda dengan kekuatan 5 9. Nama saya Bujang dan QTH di Subang.
Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini
Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha ganti."
**
Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo
Bravo Alpha. Thanks for the call your signal is 59. My name is Bujang
and my QTH is Subang. So how do you copy? Nine Whiskey Two Charlie Kilo
Oscar this is Nine Whiskey Two Bravo Bravo Alpha over."
Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap
ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau
mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.
5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan
diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.
Contoh: "...terima
kasih Othman untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine
Whiskey Two Charlie Kilo Oscar disini Nine Whiskey Two Bravo Bravo
Alpha keluar dari jalur."
**
"... thanks Othman for the contact and 73 to you and your family.
Nine Whiskey Two Charlie Kilo Oscar this is Nine Whiskey Two
Bravo Bravo Alpha signing off."
Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab
panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari
stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam
masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi
masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen
tersebut boleh memancar dengan jelas.
Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti
'KILO OSCAR' anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4
diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut "stesen dengan 'KILO
OSCAR' sila buat panggilan anda." Bila anda telah mendengar tanda
panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada
peringkat ke 4 diatas.
7. Menjawab Panggilan CQ
Mulakan dengan menala (tuning) frekuansi dalam jarak yang anda
dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab
kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang
dibincangkan diatas. Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda
mejawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga
memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawap. Jika berlaku
situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi
selesai dan cuba semula. Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda
menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan
mula mejawab panggilan tersebut.
Saya dahului dengan Terima Kasih atas bantuan rakan2 semua.
Anda juga boleh menyampaikan apa2 tambahan terus ke myHelipad WebBlog
http://myhelipad.negimaki.com/blog/index.php/2006/06/17/asas-pengendalian
atau terus di sini.
73 de
9W2BBA
|
|
Last Updated ( Jul 07, 2006 at 02:20 PM )
|