MARES, "Malaysian Amateur Radio Emergency Service", is a non-profit, non-government organization. Our members consists of amateur radio enthusiast, who volunteered in providing emergency communication service in time of disaster. More..
MARES Malaysia
4A Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax: +603-77811859
Secretary: +6012-2353769
GPS Coordinate: N 3 05.681 E 101 38.956 (WGS84)
Society Profile: MARES Profile
Web: www.mares.org.my
Email: info[at]mares.org.my
Map: Click here to view map.
Salam sejahtera dan assalamuailaikum semua pembaca yang budiman.
Dalam menangani situasi kecemasan, sekiranya kita diminta oleh pihak
keselamatan negara atau panggilan bantuan kebajikan untuk bergerak
secara 'manpack' bersama-sama perkakasan Transceiver kita ke tempat
bencana dan sebagainya... apakah kita bersedia?
Bagi mereka yang biasa sudah tentu akan menjawab 'mobile' (lebih kepada
kenderaan 4 roda). Apa kata kalau tempat yang perlu diberi bantuan
adalah tempat yang sukar dilalui oleh kenderaan beroda 4? sudah tentu
berjalan kaki jawapannya. Kita terpaksa meredah belukar atau laluan
berhalangan dalam usaha memberi bantuan (termasuk komunikasi).
Persoalan demi persoalan ini kita boleh hamparkan dalam forum ini,
mudah-mudahan ada dikalangan pembaca mempunyai idea yang tersendiri
boleh dikongsi.
Mengimbas kembali memori saya, ketika Hari Keluarga Marts beberapa
tahun yang lepas, saya bertemu dengan sorang rakan Ham yang agak
kreatif yang mana beliau menggabungkan transceiver 2m mobile, bateri
12v 7A/H dan telescopic antenna di dalam sebuah bekas plastik
tupperware, diikat bersendeng di mana antenna telescopik tersebut
diikat kemas menaik. Dari situlah saya sudah mula tertarik dengan
teknik manpack. Saya masih teringat 9W2JI berkata pada rakan ham
tersebut (9W2HH), lebih mudah kalau ianya sebuah handie 2M, tapi bagi
saya... ianya jauh lebih baik jika ianya sebuah perkakasan HF.
Kemampuannya mungkin sama seperti seorang juru semboyan soldadu
mengendalikan radio-radio taktikal seperti Racal atau Thompson-sapura
di medan perang.
Mari kita tinggalkan seketika VHF dan UHF tetapi kita beralih pada
band-band ajaib yang mana 'line offside' dan kuasa pemancaran bukannya
kriteria utama tetapi antenna dan propagation, iaitu HF di 80M, 40M dan
20M.
Di masa kini terdapat pelbagai perangkat pesawat yang meliputi
band-band utama pada semua mod emmission (AM, FM, LSB dan USB)
(terutama HF) seperti Icom IC 706MkII, IC 703, manakal Yaesu pula
dengan FT100D, FT 817ND, FT 857D, FT 897 manakala Kenwood dengan TS480
dan TS 50 (mungkin ada model lain yang saya tak dapat sebutkan),
Model-model ini agak sesuai dibuat manpack kerana sifat-sifat mobiliti,
kuasa, frekuensi dan kelasnya. Bagi saya, saya amat tertarik dengan 2
model ini iaitu IC 703 dan FT 817ND. Pertamanya bagi IC 703 ialah
kerana binaan Unit Penalaan Antena Automatik (aATU) binaan dalam dan
ianya bersifat QRP. Bagi saya QRP bukanlah suatu yang menjadi
penghalang dalam pengeluaran kuasa pemacaran tetapi situasi utama ialah
apabila kita berada dalam kawasan yang diluar punca kuasa elektrik,
inilah cabarannya. Penggunaan kuasa yang rendah dan berat yang minima
membuatkan ia sesuai di konfigurasi sebagai manpack. ATU pula adalah
komponen penting dalam situasi QRP yang mana sesuatu pengendali akan
cuba memanfaatkan kuasa pemancaran dikeluarkan sepenuhnya keluar
melalui antenna melalui penalaan ATU. Walaupun Kuasa yang rendah,
tetapi saya pasti isyarat dalam mode emission SSB pasti dapat didengari
berbanding FM
Manakala bagi Model Yaesu FT 817ND yang kecil agak sesuai juga
dijadikan manpack. Ianya sama seperti model Icom IC 703 (10W) tetapi
kuasanya hanya 5W. Walaupun sedemikian, sekiranya saya diberi pilihan
ketika kecemasan pesawat yang manakah yang menjadi kriteria samada yang
paling kuat pemancaran atau yang paling sensitif penerimaan sudah tentu
saya memilih yang sensitif tetapi kurang menggunakan kuasa ketika dalam
mode receice. Demikian pesawat model ini yang mana ianya meliputi semua
semua band termasuk VHF dan UHF, tidak seperti IC 706 yang tiada
kedua-dua band. Saiz yang kecil dan kompartmen bateri binaan dalam agak
sesuai dibawa kemana-mana. saiznya juga kecil dan amat mudah
digandingkan dengan ATU kormesial atau homebrew, malahan input antenna
juga terdapat didepan dan belakang. Strip tali boleh dipasang supaya
pesawat ini boleh disendeng kemana-mana.
Jadi, mari kita lihat bagaimana menggandingkan sesuatu pesawat di atas
menjadi sebuah manpack. Apa yang perlu ialah beberapa segmen dalam
sesuatu manpack. Pertamanya ialah transceiver, ATU (pilihan), Bateri
12V 7A/H (minima), Charger (pilihan) dan portable antenna (single
band). Bahan-bahan di atas akan di susunatur di dalam sebuah beg yang
telah diubahsuai untuk memegang komponen-komponen ini. Bagi ATU,
terdapat pelbagai ATU QRP kormersil yang kecil ataupun homebrew, Saya
pernah melihat seorang rakan saya berjaya merekacipta litar QRP ATU
dengan meter penunjuk SWR adalah sebutir LED. ATU akan ditala sehingga
LED menjadi paling terang (menunjukkan 100% kuasa pemancaran keluar).
Ketika di dalam gelap, kami hanya bergantung pada penunjuk LED tersebut
semasa menala sekaligus berjaya mengurangkan penggunaan kuasa bateri
pada pesawat semata untuk menyalakan cahaya skrin pesawat.
Tetapi penggunaan ATU dapat dikurangkan sekiranya terdapat persefahaman
antara stesyen utama dengan pembawa radio melalui penetapan frekuensi
yang akan digunakan. Juru radio amatur akan membawa hanya antenna untuk
band tersebut semasa operasi. Tetapi bagaimana pula jenis antenna yang
sesuai untuk juru radio amatur yang meredah belukar? teleskopik antena
mungkin sesuai tetapi jika anda berkendali di HF sudah tentu saiznya
yang agak panjang dan mengganggu pergerakan pengendali manpack. Di masa
kini terdapat pelbagai pelbagai projek antenna manpack yang fleksibel
misalnya seperti antenna yang diguna pakai pada model PRC 70 (Low VHF).
Saya mendapat idea dan telah berjaya mencuba dengan mengaplikasikan
suku gelombang dalam pembuatan antenna ini (yang saya perolehi dari
internet), dengan menggunakan tape pengukur (dimasakini popular
digunakan oleh peminat fox hunting) sebagai antenna. Tetapi masalahnya
ialah ianya sukar berdiri... saya cuba melapiskan tape pengukur ini
sebanyak 5 lapis pita dan ianya berdiri... kemudian selepas dirivet
setiap satu inci, saya salutkan dengan tiub getah boleh kecut, nah..
antenna ini sama seperti antenna PRC 70! dan ianya boleh dilipat
dihujungnya kalau terlalu panjang semasa meredah belukar tanpa
menjejaskan bacaan SWR.
Terdapat satu lagi alternatif antenna manpack iaitu dengan menggunakan
alluminium tongkat orang buta, dengan menggabungkan 2 3/4 tongkat orang
buta juga anda boleh menghasilkan sebuah antenna untuk 40m band, apa
yang istimewa ialah antenna ini boleh di rungkai menjadi lipatan kecil
tetapi mudah dipasang disebabkan tarikan tali getahnya. Dan jika anda
bertemu dengan kabel Andrew dari jenis helical juga boleh menghasilkan
antenna portable. Lengkok luaran kabel helical ini memberi radiation
patern yang cantik.
Bagi pengecas bateri portable yang saya maksudkan misalnya seperti
model EKK yang kecil serta ringan dimana jika digabungkan dengan bateri
di dalam manpack boleh membantu menjadi pengecas sekiranya sumber
elektrik telah ditemui.
Demikianlah idea-idea yang boleh di ketengahkan, mungkin ada
rakan-rakan yang mempunyai idea tersendiri, dipersilakan untuk
menambah. Idea yang saya perolehi untuk menulis ini bermula apabila
saya bertemu dengan laman ini http://www.powerportstore.com/WorldPack%20II%20AR.htm
.
Mudah-mudahan ada rakan yang berjaya membina manpack sendiri. Ianya
bukan sahaja untuk kecemasan tetapi ianya berguna apabila kita
mengadakan aktiviti luaran, IOTA, contest ataupun melancong.
Sekalung tahniah juga diucapkan bagi rakan-rakan yang telah berjaya
meng 'homebrew' manpack sendiri. 9M2MP dengan homebrew manpack dari
kerangkan mesin pemotong rumput, 9W2HH dengan manpack homebrew dari
kerangka tupperware, 9W2WO dengan homebrew manpack dari kerangka PRC
70, 9W2ZV dengan homebrew manpack dari kerangka kayu (klasik) sebelum
beralih ke kerangka Besi Trunking, 9W2LRT dengan manpack homebrew dari
kepingan tin dan banyak lagi rakan-rakan yang berjaya!!
Sekiranya ada yang saya tersalah dan silap harap dimaafkan.. warga
pembaca adalah dialu-alukan untuk membalas.
Sekian terima kasih atas kesudian tuan-tuan membaca tulisan saya.
Last Updated ( Jul 12, 2006 at 11:33 AM )
Membership Status
Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 06/03/2010
Latest Happening!
Upcoming Flea Market
Location: MARES Club House Planned Dates:
Jan: Sun 3-Jan-10
Feb: Sun 7-Feb-10
Mar: Sun 7-Mar-10
Apr: Sun 4-Apr-10
May: Sun 2-May-10
Jun: Sun 6-Jun-10
Jul: Sun 4-Jul-10
Aug: Sun 1-Aug-10 (cancelled)
Sep: Nil (Fasting Month)
Oct: Sun 3-Oct-10
Nov: Sun 7-Nov-10
Dec: Sun 5-Dec-10
TechTalk @MARES
Date: TBD
Location: Common Area, MARES Club House
Topic: TBD
Time: TBD (+8 GMT)
Presenter: TBD
MARES 2M Net
Date: Every Friday
Time: 2130-2230 hrs (+8 GMT)
Time (during Ramadan): 2230-2330 hrs (+8 GMT)
MARES 2m Net Manager: 9W2TLH 019-2279002 Thank You Net Controllers!
09-Jul-10: 9W2TLH
02-Jul-10: 9W2ZLH
25-Jun-10: 9W2LOY
18-Jun-10: 9W2PRS
11-Jun-10: 9W2MHR