MARES, "Malaysian Amateur Radio Emergency Service", is a non-profit, non-government organization. Our members consists of amateur radio enthusiast, who volunteered in providing emergency communication service in time of disaster. More..
MARES Malaysia
4A Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax: +603-77811859
Secretary: +6012-2353769
GPS Coordinate: N 3 05.681 E 101 38.956 (WGS84)
Society Profile: MARES Profile
Web: www.mares.org.my
Email: info[at]mares.org.my
Map: Click here to view map.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang saya kasihi.
Semalam, saya tersangkut dalam kesesakan ke pejabat lewat tengahari
gara-gara hujan yang tiba-tiba turun sedikit lebat. Bila sampai sahaja
di pejabat saya terus melawati laman Bernama dan terpandang satu berita
mengenai cuaca panas di Sarawak…. tetapi ia mengingatkan
saya kepada beberapa tahun lampau di mana ketika itu saya bertugas di
Pulau Mutiara. Ianya bermula apabila saya baru pulang dari membeli
antenna VHF/UHF televisyen dari Jalan Kg. Bengali di Bagan, cuaca
sepanjang hari itu sangat terik. Ada 2 peristiwa yang berlaku pada hari
itu iaitu yang pertama ketika itu air pasang besar di mana air laut
sedikit melimpah naik ke kaki jalan tidak jauh dari loji sisa kumbahan
manusia di jalan Chain Ferry dan langit ketika itu tiada awan langsung
sepanjang hari itu tiba-tiba didatangi sebaris awan halus seperti
kapas. Ah.. cantik sekali, walaupun Geografi adalah subjek yang saya
minati tetapi saya tidak dapat meneka apakah jenis awan ini, seperti
Awan Sirostratus (mungkin?).
Sampai sahaja saya di rumah, antenna tv tersebut terus saya pasang.
Sesuatu yang janggal berlaku pada skrin tv, terdapat belang-belang
aneh. Apabila penalaan semula berlaku di mana antenna saya mengarah ke
Gunung Jerai, suatu imej wujud pada band UHF… Indosiar,
TransTV dan RCTi jelas 5 dan 9 tanpa bintik-bintik saya terima ..
kenapa? Mengapa? Dan bagaimana?, siaran tv dari Indonesia (dari
pemancar di Binjai Medan) boleh saya terima pada di Pulau Mutiara hari
itu sedangkan adalah mustahil diperolehi pada hari-hari biasa. Maka
bermulalah era baru bagi saya tentang Propagasi Troposfera.
Bercakap tentang propagasi, ia merupakan suatu peristiwa yang unik
kerana pada ketika itu pemancaran sesuatu radio boleh menjangkau ke
jarak yang mustahil boleh sampai pada ketika-ketika biasa. Bagaimana
perkara ini berlaku? Ianya berkait rapat dengan kejadian alam seperti
suhu, pasang surut air laut dan aktiviti di matahari. Bagi mereka yang
berada di kutub utara dan selatan terdapat suatu fenomena yang boleh
dimanfaatkan iaitu Aurora.
Kita tinggalkan seketika HF kerana terdapat banyak artikel yang
membicarakan perkara ini tetapi kita tumpukan pula pada VHF dan UHF
kerana ianya tidak kerap diperhatikan.
Berdasarkan pengalaman saya ketika saya berkecimpung dalam hobi DX Tv,
sesuatu siaran televisyen jarak jauh boleh diterima apabila berlaku
cuaca panas yang melampau sepanjang hari, tanda-tanda propagasi mula
membuka apabila penurunan suhu mendadak pada awal petang. Ianya akan
berlarutan hingga lewat malam. Ketika ini saya akan dapat menerima
siaran televisyen dari Siam yang bertindah dengan RTM 2 di band 1.
Dimaklumkkan pemacaran tv dari siam ini datangnya dari Saturn/Hadyai!
Dalam bulan yang sama ketika itu saya mula aktif memantau Band 1 dan
Band 3 frekuensi televisyen dan saya berjaya menerima test card dari
Sri Lanka ketika peristiwa Air Pasang Besar dan kehadiran awan yang
saya sebutkan sebelum ini. Hummm.. menarik kan? Tetapi bagaimana ini
boleh berlaku?
Mari kita tinggalkan frekuensi di atas dan melihat pula frekuensi radio
amatur di 2m, ketika itu saya mencuba beralih pada frekuensi amatur di
mana ketika lewat petang saya akan ke Relau. Di sebelah Pulau Pinang di
mana terdapat satu jalan ke Balik Pulau yang akan merentasi antara
Bukit Penara dan Bukit Bendera. Terdapat satu kawasan lapang untuk
memandang Selat Melaka dari kemuncak bukit ini. Di situlah saya mula
memantau frekuensi amatur di Indonesia. Antara Frekuensi yang paling
popular ketika itu ialah 146.080Mhz dan 146.050Mc, dua pengulang pancar
yang aktif di sebelah Kota Medan (dan Tanjung Pinang?). Tetapi apabila
saya mula memahami tentang propagasi, saya sudah tidak ke sana lagi.
Hanya tunggu di rumah memantau cuaca dan langit. Begitulah seronoknya
bila mula merungkai misteri radio amatur ini.
Rasanya kalau di Kuala Lumpur masih tidak rugi sekiranya propagasi
membuka, ini kerana terdapat beberapa rangkaian pengulang pancar dari
Negara tetangga yang boleh diakses apabila propagasi terjadi. Di
146.000Mhz dan 146.785Mhz (mungkin betul?) agak aktif, Cuma
kebelakangan ini sudah senyap. Bagi rakan-rakan di Putrajaya boleh
mencuba memancar dari kemuncak Presint 1 di hadapan Shang-Ri La
Putrajaya manakala Puchong tidak menjadi masalah kerana tiada halangan.
Begitu juga Klang, Kajang serta Shah Alam. Bagaimana pula anda?
Sebenarnya beberapa peristiwa ini banyak manfaatnya. Kalau di Kawasan
kutub ada peristiwa Aurora, kita di Malaysia apa kurangnya. Kita ada
jerebu. Jerebu?. Bagi saya jerebu disebalik keburukannya ada sedikit
kelebihannya. Ketika negara teruk dilanda jerebu, saya dan beberapa
sahabat radio amatur mula memerhati pola gelombang isyarat UHF dan VHF
yang tiba-tiba meningkat. Pemancaran dari negara Indonesia dapat
didengari dengan jelas walaupun antenna getah pesawat kecil (handheld),
dengan hanya 100mW boleh mengakses pengulang pancar 146.000Mhz dan
Gunung Ledang (Astra), begitu juga Bukit Larut (Astra), malahan Gunung
Jerai -300Khz (Astra) (bukan Gunung Ledang) dari Cyberjaya dengan hanya
10W (PEP) antenna Yagi 4 element! Dengan antenna getah dan pesawat
Kenwood TH 234 boleh mencapai ke Bukit beruntung dari Hotel Empress
Sepang! Bagaimana Jerebu memberi kesan ke atas pemancaran isyarat radio?
Demikian kisah saya dengan propagasi, saya tinggalkan kisah saya dengan
misteri alam ini untuk dirungkai oleh para pembaca. Terdapat banyak
artikel yang membincangkan perkara ini. Jangan lupa menyemak di
google.com berkaitan Aurora, sprodiak-e, sun spot, Ionosfera, Lapisan
F2 dan meteor scatter… begitu juga cuaca disekeliling anda.
Tips mengesan kewujudan propagasi yang paling mudah bagi pengamal radio
amatur di Kuala Lumpur ialah dengan memantau 147.850Hhz, jika anda
dapat mendengar isyarat dari Taiping ini jangan lupa memerhati
pergerakkan turun naik aras isyaratnya. Kalau di negara-negara Eropah
banyak ‘beacon’ diwujudkan untuk menjadi penanda
propagasi. Sekiranya ingin mengetahui bagaimana propagasi itu berubah
sebenarnya lebih menonjol jika anda mendengar di HF di mode selain FM..
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca penulisan dan persoalan yang
saya bangkitkan. Mudah-mudahan kata kekunci ini dapat memandu tuan-tuan
dan puan-puan supaya lebih aktif melakukan sedikit
‘study’ berkaitan hobi ini
p/s Saya cuba kurangkan istilah teknikal dan penyampaian yang tidak
terlalu teknikal untuk memudahkan rakan-rakan baru berkenalan dengan
hobi ini mencari bahan-bahan di atas.
p/s Jika anda terperasan situasi cuaca seperti yang saya ungkaikan di
atas, anda boleh mencuba bereksperimen dengan rakan ham anda yang
sebelum ini sukar berkomunikasi atas faktor jarak ataupun kualiti
isyarat yang lemah.
p/s barulah saya tahu sekarang, kenapa Pak Maarof (9W2OO) hanya keudara
apabila cuaca panas sahaja J (beliau kerap mengucapkan ayat yang sama
ketika mula-mula ber’qso’ –malam ni panas
lah! Hehehe)
Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 06/03/2010
Latest Happening!
Upcoming Flea Market
Location: MARES Club House Planned Dates:
Jan: Sun 3-Jan-10
Feb: Sun 7-Feb-10
Mar: Sun 7-Mar-10
Apr: Sun 4-Apr-10
May: Sun 2-May-10
Jun: Sun 6-Jun-10
Jul: Sun 4-Jul-10
Aug: Sun 1-Aug-10 (cancelled)
Sep: Nil (Fasting Month)
Oct: Sun 3-Oct-10
Nov: Sun 7-Nov-10
Dec: Sun 5-Dec-10
TechTalk @MARES
Date: TBD
Location: Common Area, MARES Club House
Topic: TBD
Time: TBD (+8 GMT)
Presenter: TBD
MARES 2M Net
Date: Every Friday
Time: 2130-2230 hrs (+8 GMT)
Time (during Ramadan): 2230-2330 hrs (+8 GMT)
MARES 2m Net Manager: 9W2TLH 019-2279002 Thank You Net Controllers!
09-Jul-10: 9W2TLH
02-Jul-10: 9W2ZLH
25-Jun-10: 9W2LOY
18-Jun-10: 9W2PRS
11-Jun-10: 9W2MHR