Home arrow Join Us arrow Membership arrow Bagaimana hendak menjadi Ahli MARES
About MARES Malaysia
MARES, "Malaysian Amateur Radio Emergency Service", is a non-profit, non-government organization. Our members consists of amateur radio enthusiast, who volunteered in providing emergency communication service in time of disaster. More..
Bagaimana hendak menjadi Ahli MARES Print E-mail
Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim   
Sep 09, 2005 at 04:16 PM
Assalamualaikum salam wrt dan Salam Sejahtera untuk semua.

MARES mengalu-alukan lebih ramai lagi operator ham radio di Malaysia khususnya dan berbesar hati dengan pertanyaan anda.

Penggunaan radio amatur (ham radio) di Malaysia adalah dilesenkan di bawah Akta Komunikasi yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Seseorang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lesen Kelas B Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) dari SKMM. Untuk mendapatkan lesen Kelas B, anda perlu menduduki RAE - Radio Amateur Examination. Ujian ini dikendalikan oleh SKMM. Maklumat tentang ujian boleh didapati dari laman web SKMM (www.mcmc.gov.my) ataupun melalui hyperlink dari laman web kami www.mares.org.my. Kos menduduki ujian ini adalah RM50 dibayar kepada SKMM.

Lesen Kelas B membolehkan anda beroperasi pada frekuensi 28MHz, 50MHz, VHF 144.000-148.000MHz dan UHF 430.000-440.000MHz (sila rujuk laman web SKMM untuk maklumat terkini).

Selepas memegang lesen Kelas B selama sekurang-kurangnya satu tahun anda layak menduduki ujian CW untuk mendapatkan lesen Kelas A. Ujian CW memerlukan kemahiran menghantar dan menerima kod Morse. Selepas lulus RAE, anda dikehendaki memajukan permohonan Penguntukan Radas Kelas B. Yuran tahunan Kelas B adalah RM24. Untuk setiap permohonan, yuran pemprosesan adalah RM60. Seperti lesen memandu kenderaan, anda boleh memohon untuk membayar lesen sehingga untuk tempoh lima tahun. 


MARES membantu orang awam dan ahli-ahlinya membuat persediaan untuk menduduki RAE. Di laman web MARES ada diumumkan maklumat tentang kelas persediaan. Pengumuman mengenai peperiksaan radio amatur, boleh dilihat di laman web SKMM. Pendaftaran dan pertanyaan berkenaan kelas RAE boleh diajukan kepada Ketua Biro Pendidikan, di alamat emel

Borang keahlian boleh dimuat-turun dari laman web MARES. Borang yang telah lengkap diisi berserta 2 keping gambar, dan bayaran penyertaan bolehlah dihantar ke Kelab MARES,  dialamatkan kepada Setiausaha Kelab MARES, dialamat yang berikut;

Urusetia Keahlian
Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES)
4A Jalan Tinggi 6/12
Off Jalan Selangor
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

Untuk menjadi ahli MARES, anda perlu menghantar borang permohonan keahlian yang telah dilengkapkan beserta bayaran RM90 (RM30 pendaftaran, RM60 keahlian untuk 2 tahun) kepada Setiausaha MARES. Borang pendaftaran boleh didapati di sini

Borang Pendaftaran MARES

Borang yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan lambat diproses. Bagi permohonan tanpa gambar ahli, pihak MARES akan menggantikan dengan logo MARES pada kad keahlian anda.

Anda dialu-alukan untuk datang ke rumah kelab MARES di 4A Jalan Tinggi 6/12 PJ. Peta untuk ke rumah kelab MARES adalah seperti berikut:-

Peta ke Rumah Kelab MARES

Lazimnya, terdapat aktiviti di rumah kelab pada setiap pagi Sabtu dan Ahad, bermula jam 10 pagi.

Sekian,
73 de

Setiausaha,
MARES Malaysia
Last Updated ( Aug 12, 2008 at 11:26 AM )
Membership Status
Membership Number:


Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 06/03/2010
Latest Happening!
Mares Flea Market

Tarikh: 6 Jun 2010
Hari : Ahad
Tempat: Kelab House MARES
Masa : 9.00pagi - 3.00petang


Bagi pihak Kelab YL MARES, dan seluruh warga kerja MARES, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, kepada semua ahli-ahli MARES dan juga kepada seluruh rakan radio amatur di Malaysia.(16/08/2010)

Semakan Status Keahlian MARES

Sudahkan anda menjalankan kewajipan anda untuk memperbaharui yuran keahlian anda.
Sila klik disini untuk menyemak status keahlian anda!!!


Kelas Elektronik MARES

Tarikh: Setiap Minggu Ke-Keempat Setiap Bulan Mulai Jan 2010
Hari : Ahad
Penyertaan : Terbuka untuk semua lapisan masyarakat. Ahli dan bukan Ahli
Bayaran Masuk: Percuma!!!
Tempat: Kelab House MARES

Upcoming Flea Market
Location: MARES Club House
Click here to visit Flea Market website
Planned Dates:
Jan: Sun 3-Jan-10
Feb: Sun 7-Feb-10
Mar: Sun 7-Mar-10
Apr: Sun 4-Apr-10
May: Sun 2-May-10
Jun: Sun 6-Jun-10
Jul: Sun 4-Jul-10
Aug: Sun 1-Aug-10 (cancelled)
Sep: Nil (Fasting Month)
Oct: Sun 3-Oct-10
Nov: Sun 7-Nov-10
Dec: Sun 5-Dec-10
TechTalk @MARES
Date: TBD
Location: Common Area,
MARES Club House

Topic: TBD
Time: TBD (+8 GMT)
Presenter: TBD
MARES 2M Net
Date: Every Friday
Time: 2130-2230 hrs (+8 GMT)
Time (during Ramadan): 2230-2330 hrs (+8 GMT)
MARES 2m Net Manager:
9W2TLH 019-2279002
Thank You Net Controllers!
09-Jul-10: 9W2TLH
02-Jul-10: 9W2ZLH
25-Jun-10: 9W2LOY
18-Jun-10: 9W2PRS
11-Jun-10: 9W2MHR
Info Cuaca
Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Alor Setar Kuching, Kota Kinabalu,
Latest News
Ham @JASRA
JASRA Website : News
News from MARTS
MARTS NewsFlash & Announcement
myARDF Page
MyARDFSport.com
Solar Terrestrial Data

Mambo is Free Software released under the GNU/GPL License.