forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Activities
Activities
Jamboree MTB Kuntau 2012
Written by MARES Joomla Admin   
Monday, 03 September 2012 15:16

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagi pihak MARES, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu didalam menjayakan comm support untuk Jamboree MTB Kuntau 2012. Semua pertolongan yang anda berikan amat dihargai.

Sukarelawan yang telah datang membantu (pada 10 dan 17 June 2012)

1. 9M2SQL
2. 9M2KRZ
3. 9W2FD
4. 9W2FG
5. 9W2ZLH
6. 9W2PJI
7. 9W2UWR
9. 9W2GOV
10. 9W2ARD
11. 9W2SUN
12. 9W2STT & Harmonics (9W2LJB)
13. 9W2NLK
14. 9W2BBS
15. SWL Julian

Mohon maaf diatas sebarang kekurangan sepanjang aktiviti dijalankan.

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa.

Regards,

FahRoe Ibrahim
9W2BBS

Last Updated on Monday, 03 September 2012 15:30
 
Majlis Berbuka Puasa MARES 2012
Written by 9W2BBS Fahroe Ibrahim   
Monday, 23 July 2012 14:23


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck". Majlis ini diadakanbertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan semua rakan-rakan radio amatur.

Bagi pihak AJK MARES, kami ingin menjemput semua warga MARES dan warga radio amaturuntuk sama-sama menyertai majlis ini, yang akan diadakan pada tarikh berikut::-

Acara: Majlis Potluck Berbuka Puasa dan Terawih MARES
Tarikh: Sabtu, 4 Ogos 2012
Masa: 6:00PM - lewat malam.
Lokasi: Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya

Tentatif Aturcara majlis adalah seperti berikut:
4:00 PM - Majlis Dialog dan Penerangan MARL (Malaysian Amateur Radio League)
5:00 PM - Ketibaan jemputan
6:45 PM - Tazkirah Ramadhan (oleh 9W2JJF Ustaz Ilyas B. Ismail, UTM)
7:30 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi Azizul 9W2FD ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 012-3713960) atau Rashid9W2TR ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 016-6087701). Sumbangan wang tunai dan lain-lain bahan juga dialu-alukan.

Bersempena dengan majlis ini, untuk membersihkan kawasan rumah kelab, satu sesi gotong royong akan diadakan pada tarikh berikut:-

Acara: Gotong Royong Pembersihan Rumah Kelab MARES
Tarikh: Sabtu, 28 Julai 2012
Masa: 4:00PM - 6:30PM - gotong royong, 7:30PM - Berbuka Puasa BBQ
Lokasi: Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya

Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini.

Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.

73 de MARES

Last Updated on Friday, 24 August 2012 22:03
 
MARES di Pameran MIDE 2012
Written by 9W2BBS Fahroe Ibrahim   
Tuesday, 26 June 2012 07:45

Salam sejahtera kepada semua warga MARES,

Pada tahun ini, MARES sekali lagi ingin  menjemput semua warga radio amatur untuk berkunjung ke Malaysia International Dive Expo (MIDE) yang akan berlangsung pada tarikh berikut:-

Tarikh : 6,7 dan 8 Julai 2012
Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa : 10 Pagi sehingga 7 Malam
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC)

Pendaftaran masuk adalah sebanyak RM3 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak dibawah umur 17 tahun.

MARES juga  akan membuka ruang  pameran mengenai MARES dan Amateur Radio pada ekspo MIDE 2012 kali ini.

Sehubungan dengan itu, pihak MARES  juga memerlukan bantuan Ahli yang mempunyai masa terluang pada tarikh di atas untuk menjadi petugas pameran MARES. MARES memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang sukarelawan sehari untuk bertugas dari jam 9:30 pagi sehingga 7 petang. Sukarelawan diperlukan untuk menyediakan peralatan komunikasi, memasang bahan pameran, dan menyimpan semua peralatan komunikasi dan pameran setelah pameran selesai.

Jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saudara Fahroe 9W2BBS secara emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Keperihatinan dan bantuan para ahli sangat dihargai.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari web rasmi MIDE 2012 di sini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi membantu.

Sekian dan 73,

MARES Malaysia

Last Updated on Thursday, 11 September 2014 13:57
 
Sukarelawan untuk Hamfest 2012
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 May 2012 09:35
Hahmfest2012
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Warga MARES yang dihormati,

Bersempena dengan acara HamFest 2012, yang akan diadakan pada 19-20 Mei 2012 ini, MARES ingin memanggil mana-mana ahli yang berkesempatan untuk menjadi sukarelawan bagi gerai pameran MARES.

Hamfest 2012 akan diadakan di Taman Rekreasi Metropolitan Batu, bermula dari jam 10pagi sehingga 10 malam, setiap hari. Antara acara yang akan diadakan adalah seperti Fox Hunting, CW, APRS Demo, Echolink, PSK31 demo, sesi DXing, 2m Treasure Hunt dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti yang dijalankan, sila lihat laman berikut - http://www.hamfest.my/p/hamfest-2012-activities.html.

Mana-mana ahli yang ingin membantu, sila hubungi Sdr Mutalib 9M2SQL ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 017-6391632) atau hubungi talian MARES (012-3022400) dengan kadar segera.

MARES juga ingin menjemput semua warganya dan ahli radio amatur diseluruh negara untuk hadir beramai-ramai bersama keluarga anda untuk memeriahkan Hamfest 2012.

Ucapan tahniah kepada penganjur Hamfest 2012 yang menjayakan acara kali ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Hamfest 2012, sila layari laman web www.hamfest.my atau dilaman Facebook http://www.facebook.com/HamfestMalaysia

Sekian dan terima kasih kepada semua.

73 de MARES Malaysia.

Last Updated on Monday, 23 July 2012 14:46
 
Projek HF FT-950
Written by MARES Newsdesk   
Wednesday, 18 April 2012 15:53
Warga MARES Malaysia yang dihormati,

FT950
(klik gambar diatas untuk spesifikasi radio)

Pada 2 April 2012, bersempena dengan AGM MARES dan Pengubahsuaian Kabin yang telah dijadikan sebagai bilik operasi radio, maka satu inisiatif kutipan tabungan bagi membeli peralatan HF transceiver yang baru telah diadakan. Kutipan ini bagi membeli 1 unit HF transceiver Yaesu FT-950 bagi kegunaan bilik operasi radio. Projek kutipan ini telah dicadangkan oleh Yang Di Pertua MARES iaitu 9M2AU Aziz Mohd Nor. Kutipan ini mencadangkan sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang. Walaubagaimana tiada halangan had sumbangan selain daripada yang dicadangkan. Berikut adalah senarai penderma yang telah member sumbangan ikhlas bagi projek pembelian radio FT-950 tersebut:

Penderma FT950
(klik gambar diatas untuk senarai terkini penderma)

Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM5000.00.

MARES mengalu-alukan mana-mana ahli untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan projek ini.

Kepada yang berminat, sila berhubung dengan Mutalib 9M2SQL ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / +60176391632) untuk cara sumbangan.

MARES ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dermawan, yang telah sudi menyumbang untuk tabungan ini. Semoga projek ini akan memberi manafaat kepada semua warga MARES Malaysia.

73 de MARES
Last Updated on Sunday, 04 November 2012 20:35
 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 4 of 24

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data


feed-image Feed Entries

Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.