forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Activities
Activities
Majlis Berbuka Puasa MARES 2011
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:15
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck". Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan semua rakan-rakan radio amatur.

Kak Ani 9W2ATU dan kumpulan Biro YL telah bermurah hati untuk menyediakan bubur lambuk bagi sesi kali ini,dan persiapannya  ditaja oleh 9M2RS.

Bagi pihak AJK MARES, kami ingin menjemput semua warga MARES dan warga radio amatur untuk sama-sama menyertai majlis ini, yang akan diadakan pada tarikh berikut::-

Tarikh: Sabtu, 20 Ogos 2011
Masa: 5:00PM - lewat malam.
Lokasi: Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya

Tentatif Aturcara majlis  adalah seperti berikut:
11:00 AM - Persedian memasak dan gotong-royong membersihkan rumah kelab.
5:30 PM - Ketibaan jemputan
7:25 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan
8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi Kak Ani 9W2ATU ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 019-7735544) atau Hazali 9W2ZLH ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 012-6581926). Sumbangan wang tunai dan lain-lain bahan juga dialu-alukan.

MARES memohon bantuan mana-mana ahli yang berkesempatan untuk membantu dalam menjayakan majlis ini. Sila hubungi Hazali 9W2ZLH  untuk maklumat lanjut tentang bantuan yang diperlukan.

Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini. Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.

Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.

73 de MARES
 
Perjumpaan SWL Sesi #2
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:14
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Warga Radio Amatur yang dihormati,

Pada bulan Jun 2011 yang lalu kita telah mengadakan satu perjumpaan "SWL" yang pertama. Bagi mereka yang berminat atau ingin tahu apa itu "SWL" yang sebenarnya anda semua di jemput hadir untuk mengikuti perjumpaan "SWL" kali ke II yang akan diadakan pada hujung minggu ini. 

Dengar cerita perjumpaan kali ini lebih meriah lagi kerana ramai yang ingin turut serta termasuk rakan dari Ipoh, Temerloh, Negeri Sembilan dan Johor. Pada perjumpaan pertama yang lalu 9M2RS membawa sebuah Receiver Sony ICF 5900W yang boleh menerima pancaran SSB. Pada perjumpaan kali ini, 9M2AU akan membawa sebuah Receiver Eton E5 dan beliau juga akan menunjukkan sebuah receiver yang menggunakan TUBE/ Valve iaitu RCA AR88. Selain itu, kita akan berkongsi beberapa bahan bacaan tentang "short wave listening", 

Bagi yang berminat anda semua di jemput hadir tidak mengira 9Ms, 9Ws atau  SWL.

Tarikh:     Sabtu, 16 Julai 2011
Masa:       2:00 - 5:00 petang
Lokasi:     Rumah Kelab 9M4CME, 4A, Jalan Tinggi 6/12, Off Jalan Selangor, Petaling Jaya, Selangor

MARES mengalu-alukan semua warga radio amatur dan mereka yang berminat untuk menjadi ahli radio amatur ke perjumpaan ini. Beberapa sesi penerangan dan berkongsi pengalaman juga akan diadakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 9M2SQL Mutalib ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 017-6391632) atau 9M2AU Aziz ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Terima kasih dan 73

MARES
 
Panggilan Fasilitator - Program Innoaccelerator Telco UNIK - MARES
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:14

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ahli-ahli MARES yang dihormati,

Unit Inovasi Khas (UNIK), Jabatan Perdana Menteri dan MARES akan mengadakan satu siri Program Pengenalan Radio Amatur dibawah siri Innoaccelerator - Telco UNIK di sekolah-sekolah menengah Malaysia, bermula dari 15 Jun 2011 selama 2 bulan (anggaran jangkamasa).

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang keperluan komunikasi, aspek inovasi dan rekacipta, keselamatan, dan tatacara penggunaan dalam penggunaan komunikasi radio. Bidang radio digunakan sebagai menghubungkan aspek pembelajaran matapelajaran sains di sekolah-sekolah dengan applikasi ringkas yang boleh digunapakai didalam kehidupan seharian.

5 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dipilih untuk menjadi sekolah percubaan (pilot school) bagi program ini. Setiap sekolah akan mempunyai 2 sesi aktiviti, teori dan praktikal. Hasil dari program ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Malaysia, dan jika dipersetujui, program ini mungkin akan dikembangkan ke seluruh negara.

MARES telahpun menyediakan kurikulum ringkas untuk aktiviti ini. UNIK dengan kerjasama beberapa pihak swasta akan memberikan bantuan dalam menjayakan program ini.

Program ini diketuai oleh Sdr. Salleh, 9W2STT dan dibantu oleh saya, 9W2BBS, Sdr. Azizul 9W2FD, Sdr. Aziz, 9M2AU dan Sdr. Mutalib 9M2SQL. Tenaga pengajar akan ditentukan kelak oleh Sdr. Salleh dan Sdr. Mutalib.

Saya ingin memohon kerjasama dan bantuan dari semua ahli-ahli MARES dalam menjayakan program ini. Kami memerlukan tenaga fasilitator seramai 10 orang bagi setiap sesi praktikal kelas pengenalan. Setiap fasilitator akan membantu dalam aktiviti praktikal bersama pelajar-pelajar sekolah dari segi keselamatan, tatacara penggunaan radio dan logistik. Anda boleh menjadi
fasilitator untuk semua sekolah yang terlibat atau untuk sebahagian sekolah sahaja. Peluang diberi kepada semua ahli MARES untuk sama-sama menyertai program ini.

Tarikh-tarikh bagi setiap kelas di sekolah-sekolah terbabit akan dimaklumkan kepada fasilitator. Secara dasar, semua kelas akan diadakan pada hari Rabu (sesi teori, 3pm - 5pm) dan hari Sabtu (kelas praktikal, 9am - 2pm). Kelas teori tidak memerlukan ramai fasilitator (2-3 orang sahaja) tetapi kelas  praktikal memerlukan ramai fasilitator. Setiap kelas mengandungi 25-30 pelajar.

Mana-mana ahli yang berminat untuk menjadi fasilitator, sila berikan nama kepada saya ke email dibawah.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan saya di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau ditalian 012-3022400.  

Sumbangan anda sebagai ahli amat diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini.

Terima kasih dan 73.

Last Updated on Thursday, 11 September 2014 14:28
 
Sukarelawan bagi Program Jab. Penerangan Malaysia
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:14
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,

MARES telah dijemput untuk menyertai program Jabatan Penerangan Malaysia yang akan berlangsung pada hari Sabtu 25 Jun 2011 di Dataran Merdeka, KL. Program ini  bersempena Pertandingan Melukis Grafiti anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Bersempena dengan itu, Jabatan Penerangan akan menyediakan sebuah khemah untuk MARES meletakkan meja dan bahan pameran. Bekalan elektrik disediakan. Tempat letak kereta untuk pameran kenderaan MARES juga disediakan.

Acara bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 11:00 malam. Persembahan konsert artis jemputan akan diadakan pada waktu malam.

Di samping Pertandingan Grafiti, terdapat pelbagai acara lain seperti Fixie Bike, gerai jualan, gerai pameran dan sebagainya.

Oleh itu, seberapa ramai sukarelawan diperlukan untuk bertugas pada hari tersebut. Sila berhubung dengan Azizul 9W2FD ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / 012-3713960) untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

Kerjasama ahli-ahli amat dihargai untuk menjayakan aktiviti ini.


Terima kasih.
 
Gotong Royong Pembersihan Kabin MARES
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:13
Assalamualaikum,

MARES telahpun mendapatkan sebuah lagi kabin baru untuk kegunaan persatuan. Usaha ini diketuai oleh 9W2ZLH dan dibantu oleh 9W2ARD, 9W2NIK, 9WDJ, dan beberapa lagi rakan MARES.

Satu sesi gotong royong untuk memindahkan barang-barang dari kabin lama ke kabin baru akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh: Sabtu, 28 Mei 2011
Masa: 8:00 am - 6pm
Lokasi: Rumah Kelab MARES
Leader: Hazali, 9W2ZLH - 012658 1926

Kabin lama akan dijadikan sebagai pusat Operasi dan Komunikasi Utama, manakala kabin baru akan digunakan sebagai ruang stor untuk barang-barang operasi dan kecemasan.

Saya memohon bantuan dan kerjasama dari semua ahli untuk ramai-ramai membantu aktiviti ini. Sesi akan diketuai oleh 9W2ZLH Hazali. Sila bawa bersama peralatan pembersihan (penyapu, sarung tangan, face mask, kain buruk dsb).

Kami juga ingin memohon rayuan sumbangan untuk pembelian kotak plastic penyimpanan (household storage box) bersaiz W520 x D310 x H310 mm sebanyak 15 unit. Kotak ini akan digunakan sebagai ruang penyimpanan didalam kabin baru.

Segala bantuan dan sumbangan amat-amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

** Gambar-gambar sekitar sesi pemasangan Kabin baru boleh dilihat disini --> http://www.mares.org.my/coppermine/thumbnails.php?album=87 **

Terima Kasih,

73 De MARES
 
« StartPrev12345678910NextEnd »

Page 6 of 24

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data


feed-image Feed Entries

Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.