forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Activities Konvensyen Radio Amatur Malaysia 2013 (KRAM2013)
Konvensyen Radio Amatur Malaysia 2013 (KRAM2013)
Written by MARES Newsdesk   
Wednesday, 19 June 2013 22:44
 
Salam sejahtera kepada semua warga radio amatur Malaysia,
 
Setakat ini, belum pernah ada sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang membolehkan mana-mana pemegang lesen radio amatur di Malaysia untuk berkumpul, berbincang mengenai hal ehwal radio amatur di Malaysia. Jika ada sekali pun ianya adalah di peringkat persatuan masing-masing dan hanya melibatkan ahli-ahli persatuan tersebut.
 
Oleh yang demikian, masanya sudah sampai agar suatu perhimpunan sebegini rupa diadakan yang mana dapat menjadi platform untuk semua pengendali radio amatur dapat berhimpun untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal radio amatur di Malaysia.
 
Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (“MARL”) dengan ini tampil ke hadapan mengambil inisiatif untuk menganjurkan suatu konvensyen tahunan yang dikenali sebagai “Konvensyen Radio Amatur Malaysia - KRAM” dengan skop dan objektif seperti yang disebutkan selepas ini.
 
 
Skop
Konvensyen yang dicadangkan adalah terbuka untuk semua pemengang lesen radio amatur di Malaysia. Penyertaan adalah bercorak individu dan perjalanan konvensyen adalah untuk tempoh satu (1) hari bermula jam 8 pagi berakhir jam 6 petang hari yang sama. Konvensyen adalah bertujuan untuk membuka minda,luahan rasa dan pendapat pengendali radio amatur di Malaysia kepada semua hal-hal serta isu-isu berkaikan dengan aktiviti radio amatur di Malaysia.
 
Objektif
  1. Acara untuk semua pengendali radio amatur Malaysia berkumpul secara besar-besaran setiap tahun;
  2. Ruang untuk berkenalan dan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain;
  3. Pelantar untuk pengendali radio amatur bersuara, bertukar pendapat dan mengutarakan cadangan mengenai sebarang hal, isu atau masalah berkenaan radio amatur di Malaysia;
  4. Pelantar untuk menyatupadukan pandangan dan kepentingan radio amatur di Malaysia dalam bentuk resolusi-resolusi bersepadu untuk tindakan pihak berwajib; dan
  5. Acara untuk mempromosi radio amatur serta memajukannya untuk kebaikan semua di masa hadapan.
Maklumat Konvensyen
Konvensyen akan diadakan pada tarikh berikut:
Tarikh: Sabtu, 6 Julai 2013
Masa: 8:00 pagi - 6:00 petang
Lokasi: Dewan Tun Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Peta Lokasi: Sila lihat disini untuk peta lokasi - Peta Lokasi 
 
Bagi melihat tentatif program sila klik disini. - Tentatif Acara Konvensyen
 
Manakala bagi maklumat lodging atau tempat penginapan bagi mereka yang datang dari jauh, sila klik laman berikut - Maklumat Penginapan KRAM 2013
 
Yuran Pendaftaran
Sila daftar awal bagi mendapatkan yuran pendaftaran yang murah. Pembayaran boleh di buat secara online, cash deposit ataupun secara tunai semasa hari konvensyen .
 
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian. Bagi melihat langkah pendaftaran boleh klik disini. - Pendaftaran Online Penyertaan KRAM 2013
 
Berjumpa kita di KRAM2013!
 
73 de MARES. 
Last Updated on Tuesday, 16 July 2013 06:39
 

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data



Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.