forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Announcement Terima Kasih!
Terima Kasih!
SEANET 2012... Berakhir...
Written by MARES Newsdesk   
Tuesday, 11 December 2012 20:36
SEANET 2012.. Berakhir...

Cerita SEANET 2012 ini bermula apabila seramai lebih daripada 15 orang delegasi dari Malaysia telah pergi ke SEANET Convention di Shanghai pada tahun 2010 yang lalu. Atas sokongan dan bantuan beberapa rakan-rakan Ham, MARES berjaya membawanya kembali ke Kuala Lumpur.

Untuk maklumat semua kali terakhir Kuala Lumpur menjadi host ialah pada tahun 1975. Pada 23 November 2012 yang lalu berlangsunglah SEANET 2012 di Dynasty Hotel Kuala Lumpur dan ianya berakhir pada 27 November 2012 yang lalu. Demi kesejahteraan Radio Amatur negara sejarahnya berulang kembali. Bukan suatu perkara yang mudah untuk melaksanakannya. Banyak mesyuarat dan kertas kerja dibuat oleh rakan-rakan kita . Banyak wang ringgit dan masa di korbankan oleh rakan-rakan kita. AJK yang dilantik telah bekerja keras untuk menjayakan misi ini. Bukannya mudah untuk melaksanakan program seperti ini, lebih-lebih lagi yang melibatkan delegasi dari luar Negara.

Saya ada bertanya kepada beberapa orang Ham dari luar Negara yang menyertai SEANET 2012, kesemuanya menyatakan amat menarik dengan cara kita mengendalikanya. Tempat-tempat yang mereka lawati juga menarik perhatian mereka. Secara peribadi, saya ingin katakan SEANET kali ini mempunyai pengisian yang amat berbeza dari SEANET yang lepas-lepas. Perkara yang menarik perhatian saya ialah ketika Seminar & Workshop yang disampaikan oleh beberapa orang Ham.

   1. History & Development Of Kiwisat & Amateur Radio Satellite oleh Terry Carrel ZL3QL (President of Amsat NZ)
   2. How synergy between amateur radio, system & other Engineering can raise the technical quotient of a nation oleh Prof. Joseph Kesser G3ZC
   3. Kids for Ham oleh Thida HS1ASC
   4. Amateur Radio Emergency Comms. Role of RAST during 2011 Flood oleh RAST (Radio Amateur Society of Thailand)
   5. 10 meter Activity in Malaysia oleh 9M2ESM
   6. Fishing for DX oleh Prof. Jpseph G3ZC

Bukan nya suatu perkara yang mudah untuk kita melaksanakan program ini lebih-lebih lagi kita semua belum pernah mengendalikan program yang bertaraf antarabangsa. Di mana delegasi dari US,UK, Serbia, German, Austria, Australia, Brunei, Oman, Pakistan,India, Brunei, Singapura, Indonesia dll.

Berbanyak terima kasih saya ucapkan pada Pengarah SEANET 2012 dan juga AJK-ajk yang terlibat. Rovers Scout, MBPJ, MyCEB, Utusan online dan juga rakan-rakan radio amatur yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tanpa anda semua program ini sukar direalisasikan. Sekiranya terdapat cacat cela atau kekurangan saya bagi pihak penganjur memohon ribuan kemaafan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan pada tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dalam menjayakan SEANET 2012. “All of You have done a GREAT Job”


73,De 9M2AU
Last Updated on Tuesday, 05 February 2013 23:15
 
Thank you SEANET 2011 Brunei!!
Written by 9W2BBS Fahroe Ibrahim   
Saturday, 03 December 2011 21:22
Dear all,

We are glad to announce that, MARES has officially received the SEANET flag, for the SEANET Convention Kuala Lumpur 2012. It will be an exciting event, and we are proud to welcome all participants to this event.

Mr Godfrey Yin 9M6GY and Stella (Mijol) Yin 9M6JY, were kindly enough to share their experience in SEANET 2011, in Brunei Darussalam. Thank you BDARA for hosting the wonderful event, and we hope to meet again next year.

Click the image below to read the full event as shared by Mr. Godfrey Yin.



Thank you and see you at SEANET 2012.

73 de SEANET 2012 Committee
Last Updated on Sunday, 22 January 2012 09:14
 
Terima Kasih - AGM MARES 2010
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:19
Salam sejahtera,

Warga MARES Malaysia yang dihormati,

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 9 MARES, telah dijalankan dengan jayanya pada 28 Mac 2010. Seramai hampir 80 orang ahli telah menghadirkan diri ke mesyuarat ini, yang diadakan di Rumah Kelab, Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghadirkan diri, dan juga kepada ahli-ahli yang telah membantu dalam sesi gotong-royong pra-mesyuarat yang diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 yang lalu.

Dimaklumkan, pada tahun ini pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi MARES, telah diadakan. Dibawah adalah senarai AJK Tertinggi MARES bagi sesi 2010/2012. Tahniah kepada mereka yang telah terpilih sebagai AJK Tertinggi pada pemilihan kali ini.

Ahli Jawatan  Kuasa MARES bagi tahun 2010/2012
MARES Council Comittee for the year 2010/2012

Yang Dipertua / President:
Abdul Aziz Mohd. Noor, 9M2AU

Timbalan Yang Dipertua / Vice-President:
Dr. Abdullah Kamil Che Ibrahim Fikri , 9M2AKF

Setiausaha / Secretary:
Fahroradzi Ibrahim, 9W2BBS

Penolong Setiausaha / Assistant Secretary:
Farid Mohamed Hanif, 9W2ARD

Bendahari / Treasurer:
Hazali Hashim, 9W2ZLH

Penolong Bendahari / Assistant Treasurer:
Mazura Muhammad, 9W2MIT

Ahli Jawatan Kuasa / Council Members:
Mohd. Rashid A. Gani, 9M2NZ
Abdul Mutalib Omar, 9M2SQL
Azizul Rahman Mohd Ghazali, 9W2FD
Mohd. Ashwar Abdul Aziz, 9W2FG
Wan Mohd Fadzil Wan Ab. Manaff, 9W2WF
Omar Atan, 9W2MCC
Nik Mohd Nor Wan Zain, 9W2NIK
Rohani A. Bakar, 9W2ATU
Julian James Pan, SWL

Audit Dalaman / Internal Audit :
Amir Hamzah  Mohamed Murad, 9W2AMR
Khamizah Kamaruddin, 9W2MEZ
 
Ribuan terima kasih kepada AJK 2008/2010 yang telah mencurahkan tenaga dan jasa bagi memastikan kejayaan MARES. Tidak dilupakan juga kepada semua ahli-ahli yang telah membuat pembaharuan keahlian pada sesi mesyuarat yang lalu. Kami memohon maaf diatas segala kekurangan yang berlaku.

Terima kasih dan diharap kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang.

73 de 9W2BBS
Fahroe Ibrahim
Setiausaha, MARES
Sesi 2010/2012
 
Terima Kasih Kepada Semua - MIDE 2008
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:18
Salam Sejahtera,

MARES ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah sudi melapangkan masa untuk menjadi sukarelawan bersempena dengan pameran MIDE 2008, yang diadakan di PWTC pada 4 hingga 6 Julai 2008 yang lalu.

Tidak dilupakan juga kepada warga ASTRA KL dan Selangor, ucapan ribuan terima kasih dan tahniah diatas acara Mega Eyeball Morib 2008 yang telah diadakan dengan jayanya, di pantai Morib, Banting pada tarikh 5 dan 6 Julai 2008 yang lalu.

Semoga persahabatan kita akan berkekalan.

73 de MARES
 
Terima Kasih kepada semua
Written by MARES Newsdesk   
Friday, 11 November 2011 09:17
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bagi pihak semua warga kerja MARES, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli ham radio yang telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program gotong-royong membersihkan kawasan rumah kelab MARES.

Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan ham yang telah sudi hadir untuk menjayakan majlis berbuka puasa MARES, yang diadakan pada 14 Oktober yang lepas. Kehadiran dan sumbangan anda amat kami hargai dan semoga ianya akan berkekalan.

Bagi pihak semua warga kerja MARES juga, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, dengan ucapan ribuan kemaafan, semoga dipanjangkan umur dan kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Dan juga tidak ketinggalan kepada semua warga ham yang berugama Hindu, diucapkan Selamat Hari Deepavali kepada anda.

Dimaklumkan juga, satu program Aidil Fitri akan diadakan selepas Hari Raya ini. Insya Allah, berita program akan diumumkan dari masa ke semasa.

Sekian,

73 de MARES.
 
« StartPrev12NextEnd »

Page 1 of 2

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data


feed-image Feed Entries

Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.