forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Emergency Service Bencana Banjir Johor 2006 - Anggota MARES turun padang
Bencana Banjir Johor 2006 - Anggota MARES turun padang
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 21:08

Oleh: Abdul Aziz Mohd Nor, 9M2AU

Ramai dari rakan Radio Amatur yang kurang arif tentang apakah tugas dan fungsi MARES atau Radio Amatur yang lain dalam sesuatu kejadian bencana. Dan baru –baru ini berlaku satu kejadian bencana banjir yang terbesar di Negeri Johor.

Johor - 19 Disember 2006 

Banjir yang belaku pada kali ini adalah yang terburuk semenjak tahun 1971. Sejak 19 Disember 2006. Pihak BKN (Bahagian Keselamatan Negara) mencatatkan lebih dari 120,000 penduduk dipindahkan, mereka semua ditempatkan  di 153 pusat pemindahan di sekitar Johor. Bencana kali ini telah menguji tahap kecekapan kita. Walau bagaimana pun bencana  ini berbeza dengan Tsunami pada tahun 2004 dan banjir yang berlaku pada 2002 di Kuantan, mahupun kejadian Highland Tower dan nahas pesawat kapal Terbang.


Baca berita selanjutnya disini.

Namun bencana kali ini melibatkan kawasan yang luas dan  kami amat berbangga kerana masa pertama 48 jam yang dianggap masa yang paling kritikal pada anggota-anggota penyelamat kerana biasanya ini lah ketikanya semua agensi penyelamat menjadi kelan kabut namun ianya dapat di atasi dengan baik walaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa anggota kita alami, dan saya amat berbangga dan bagi pihak MARES mengucapkan ribuan terima kasih kepada 9W2JAZ, 9W2RI dan 9W2TNK yang bergerak pantas ke Segamat pada 20hb Disember 2006. 

Pada 20hb Disember 2006 juga, pihak MARES telah di panggil secara rasmi oleh pihak JPA3 Segamat untuk misi  membantu menyediakan komunikasi kecemasan. Pihak MARES di ketuai oleh 9W2JAZ bersama 9W2RI, 9W2TNK terus pergi ke Segamat bersama beberapa rakan-rakan di Segamat seperti 9W2PCK, 9W2MG, 9W2CAB, 9W2RTT, 9W2LOO dan lain-lain. 

Sebelum pihak MARES sampai di tempat kejadian ahli-ahli radio amatur dari daerah Segamat telah mula beroperasi menggunakan simplex VHF dan juga memasang Mobile Repeater menggunakan frekuensi  9M4RME. Apabila kumpulan  MARES dari Kuala Lumpur sampai mereka  terus memasang peralatan komunikasi di JPA3 Segamat. Dan juga sebuah janakuasa tunggu sedia berkeupayaan 2KVA ditempatkan oleh anggota MARES di JPA3 Segamat.

Di JPA3 Segamat tiga buah alat VHF mobile di tempatkan bersama satu alat Komunikasi VHF AM (Ground to Air Coms).  Sementara itu juga beberapa alat walkie-talkie VHF juga ditempatkan di Bilik Gerakan JPA3. Sebuah alat HF juga di tempatkan dan beberapa  buah antenna di tegakkan. Dan satu stesen lagi di Bilik Gerakan Banjir di Ibu Pejabat Polis Segamat (IPD) segala maklumat banjir terus disampaikan dari bilik gerakan banjir IPD Segamat di Bilik Gerakan ini terdapat Polis/Tentera/ Bulan Sabit dan juga pihak MARES. Perhubungan diantara Bilik Gerakan Banjir IPD dan JPA3 adalah melalui VHF Simplex. Sementara itu mobile repeater juga di tempatkan di Daerah Segamat. Mobile Repeater ini digunakan untuk perhubungan  jarak jauh iaitu yang mana ia membolehkan repeater ini bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bagi memantau dan memberi maklumat mangsa banjir ke bilik gerakan Oleh kerana JPA3 di daerah Segamat adalah cawangan yang kecil maka misi MARES waktu ini adalah untuk membantu JPA3 menyediakan sistem komunikasi kecemasan dan mengkordinasikan segala perhubungan antara pihak JPA3.

Pada 21 Disember 20069W2PJB, 9M2ABC, 9W2MRR dan 9W2RNJ bersama sepasukan jet-ski dari Xplore Force Sdn Bhd. diketuai oleh En Hamdan Hj Idris dengan 12 orang anggota  dan 4 buah jet ski penyelamat terus pergi ke Segamat bagi membantu misi mencari dan menyelamat di laluan sukar. Ada sesetengah tempat bot-bot penyelamat tidak dapat memasuki kawasan yang ditengelami air, maka penggunaan jet-ski adalah lebih praktikal. Untuk maklumat jet-ski ini adalah jenis yang direka khas untuk kegunaan ”RESCUE”, ianya tidak sama seperti yang anda lihat di tepi-tepi laut.

Setiap 1 jam pihak IPD akan memanggil COMCEN (JPA3) melalui alat VHF dan memberi lapuran mengenai mangsa-mangsa yang dipindahkan. Dan juga maklumat terkini mengenai tempat yang ditengelami air dan juga jalan-jalan yang terputus  kerana ditenggelami air. Pada ketika ini  mana-mana kenderaan yang hendak mamasuki Segamat  perlu melalui jalan dari Kuala Pilah , Serting dan Keratong saje yang boleh dilalui semua kenderaan.  Semua jalan-jaln lain tidak boleh dilalui.

 Pada 22 Disember 2006, 9M2AU, 9M2/V8BDI, 9M2/V8BDM dan 9W2SF dengan dua buah pacuan 4 roda bergerak ke Segamat untuk bantuan tambahan. Kumpulan tersebut tiba pada jam 1500 dan terus menurunkan peralatan komunikasi tambahan seperti IC-706MKIIG dan bateri tambahan. Sebuah lagi antenna HF dipasangkan di Comcen (JPA3 Segamat). Test call dibuat pada petang tersebut dan berjaya berhubung dengan 9M2AR. Pada petangnya 4 buah jet-ski dihantar ke tempat-tempat yang masih lagi dinaiki ai dan sampai di satu tempat iaitu di sebuah balai raya di mana mereka memerlukan bekalan makan dan selimut. Terdapat lebih dari 65 orang di sekitar kawasan ini yang memerlukan bantuan. Segala maklumat di hantar melalui VHF terus dari tempat kejadian ke Comcen. Comcen kemudian menghubungi IPD dan bantuan terus disalurkan ke tempat kejadian.

 9W2AMR telah membantu dengan manghantar 3 buah pacuan 4 roda dari Gombak. Pada jam 2200  kumpulan yang terdiri dari 3 buah pacuan 4 roda Gombak di ketuai oleh Abang Din tiba di Segamat bersama dengan 9WSQL dan 9W2CIK.

Pada 23 Disember 2006, sekitar jam 0036,  maklumat diterima memaklumkan bahawa air banjir telah  mula naik di Kpg Jawa, Segamat. 

 Pada jam 0058 maklumat diterima dari IPD melalui VHF bahawa Jalan Felda Medui Kg Loga air naik sedalam 1 kaki dan pada jam 0141 Jalan Felda Medui Kg Loga Jalan ditutup. Air telah naik sedalam 2 kaki pada jam 0309 dan Jalan Segamat Tangkak  di tutup kedalaman air 0.7m dan hampir sepuluh jalan telah ditutup sepenuhnya kerana air naik lebih dari 2 kaki sehingga 4 ½ kaki.

Pada jam 1007 Jalan Segamat - Kuantan ditutup air naik sedalam 3 kaki.

Pada jam 1500 3 buah 4x4 terus masuk ke kampung yang terlibat bersama anggota JPA3 bagi membantu menyalurkan makanan kepada kawasan yang sukar di lalui oleh kenderaan biasa.

Pada jam 1500hrs 9W2JAZ, 9W2SF dan 9M2AU pergi melawat ke tempat kawasan yang dilanda banjir dan membuat penilaian selanjutnya di kawasan Kg Tengku 3, Pekan Buluh Kasap dan Kg Batu Badak. Maklumat kemudian diterima mengatakan semua banjir di daerah Segamat sedang beransur pulih.

 Pada 24 Disember 2006, banjir didaerah Segamat beransur pulih. Pada petangnya, kami semua bergerak balik ke KL dan semua  keadaan  adalah di dalam kawalan.

 Misi Kedua – 28 Disember 2006 

Pada 28 Disember 2006, MARES di panggil oleh Yayasan Salam untuk menyertai masyuarat membantu menyediakan dan mengedarkan makanan ke Segamat. Di dalam mesyuarat ini MARES diberi tugas menjadi ketua misi. Kali ini pihak MAS (Malaysian Airline System)  dari EMC (Emergency Management Centre) juga telah menyertai misi dimana mereka menyediakan lebih kurang 11 orang anggota. Pihak Nationwide Express pula menyediakan sebuah lori 5 tan untuk membawa barangan seperti beras dan lain-lain dengan dibantu oleh pihak JPA3. Pergerakan konvoi dari KL berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada JPA3 Kuala Lumpur yang telah banyak membantu dalam menjayakan misi kali ini. .

Pada 29 Disember 2006,  semua konvoi berkumpul di Yayasan Salam pada jam 1200, dan semua konvoi mula bergerak ke Segamat pada jam 1430. Konvoi yang pertama terdiri daripada kenderaan JPA3, diikuti oleh kenderaan dari kumpulan MAS dan kenderaan anggota MARES yang terdiri dari 9M2ABC, 9W2JAZ, 9W2SQL, 9W2BBS dan  SWL HELMI. Sebanyak 4 buah pacuan 4 roda, sebuah van dengan kakitangan MAS dan juga sebuah lori Nationwide Express dengan muatan barang makanan dan lain lain digunakan didalam misi kali ini. 

Sementara itu, kumpulan kedua dari MARES yang terdiri dari 9M2AU, 9W2SF, 9W2CCW dan XYL beliau bergerak dari Kuala Lumpur pada jam 1730. Dua pacuan 4 roda digunakan oleh kumpulan ini untuk bergerak ke Batu Pahat. Dalam perjalanan ke Segamat, 9W2JAZ menghubungi 9M2AU dan meminta bantuan 4x4 dalam misi di Segamat, pihak kami membatalkan rancangan kami ke Batu Pahat dan kami terus menuju ke Segamat bagi membantu rakan di sana.

Sampai di Segamat kumpulan misi ini  kesemuanya ditempatkan di Dewan Jubli Intan, Segamat. MARES kemudian memasang dua unit VHF mobile set, dan satu unit HF FT100, sebuah antenna VHF dan sebuah HF antenna dipasang di tempat tersebut. Pada keesokkannya pihak JPA3 meminta bantuan MARES untuk berhubung dengan bilik gerakan JPA3 Kuala Lumpur. Perhubungan kemudian dilakukan menggunakan alat HF dimana semua maklumat mengenai pergerakan di Segamat telah disampaikan ke Bilik Gerakan Bahagian Operasi JPA3 Kuala Lumpur.

Misi kali ini adalah bertujuan untuk mengedarkan makanan yang telah dimasak oleh anggota-anggota MAS. Sebanyak 2,000 bungkusan makanan dan minuman berjaya diedarkan dalam masa dua hari, dan kumpulan misi juga turut menghulurkan  bantuan berupa beras, susu, pempers seperti lagi kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas. Ianya diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir dimana, pihak kami menggunakan beberapa buah pacuan 4 roda untuk memasuki kampung-kampung yang terlibat dan mengedarkannya ke penduduk kampong. Ada diantara mangsa banjir ini tinggal di kawasan pendalaman, dan ada diantaranya menumpang dirumah jiran dan sanak saudara. Pada 30 Disember 2006, hari terakhir operasi misi, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha, kumpulan misi kedua ini mengedarkan beras, air mineral,susu, juis dan lain lain kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Batu Badak.  

Kesimpulan:

MARES telah berjaya mendapat perhatian oleh pihak MAS atau Penerbangan Malaysia dari Emergency Management Centre semasa opearsi misi kali ini. Kumpulan EMC ingin mengetahui lebih lanjut  lagi mengenai peranan dan  fungsi MARES sewaktu menyertai misi-misi  bencana. Mereka akan bawa perkara ini ke pihak atasan supaya dalam misi-misi yang lain mereka ingin turut serta bersama anggota MARES.

Sewaktu turun kepadang tempoh hari banyak perkara yang menyayat hati yang dapat kita lihat sendiri dan semasa bertemu bual dengan mangsa-mangsa banjir. Ada yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka telah ranap dipukul arus. Kami juga sempat menemu bual dengan seorang bapa dan ibu kepada seorang bayi yang berusia baru 3 bulan di mana bapanya menceritakan detik cemas di mana beliau terpaksa naik ke atas pokok bagi menyelamatkan anaknya yang mana pada ketika itu  air naik sedalam 10 kaki.

Ramai diantara ahli radio amatur ingin membantu dalam misi di Segamat dan lain-lain tempat lagi namun akibat kurangnya pengetahuan dan kemahiran ahli radio amatur dalam manandingi sitiwasi seperti ini menyebabkan ianya tidak sampai ketahap yang membanggakan. Salah satu kesilapan yang dilakukan adalah menyebarkan  maklumat yang tidak sepatutnya melalui jalur pengulang dan ianya dapat didengar oleh kebanyakan radio ham diseluruh negara. Mungkin oleh kerana terlalu ghairah pihak yang tertentu menyebarkan maklumat tanpa mendapat kebenaran dari pihak berwajib yang mengendalikan sesuatu bencana, kesilapan seperti ini TIDAK harus berlaku, namun ianya harus diperbaiki di masa akan datang. Mana-mana ahli radio amatur yang mahu bergiat dalam membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat perlu mempelajari sesuatu mengenai “Disaster Management” contohnya anda boleh menanyakan sesuatu mengenainya dari, JPA3, Bomba Dan Penyelamat dan Bulan Sabit Merah atau melayari  internet dan dapatkan maklumat dari RACES, ARES dan RAYNET. Pihak MARES juga ada menerbitkan  “Disaster Communication Manual” yang didalamnya dapat membantu sedikit sebanyak tentang persediaan kita dalam menghadapi bencana.  Salah satu perkara lagi mana-mana pihak atau persatuan harus berganding bahu dalam membantu menyediakan komunkasi bencana supaya tidak ada kerja-kerja bertindih dan kita tidak membuang masa mengendalikan sesuatu misi bencana. Harus ada satu kesepakatan dalam menangani masalah ini. Harus diingat disini tugas kita bukan untuk menunding jari pada mana-mana pihak tapi adalah untuk memperbetulkan kesilapan yang kita telah buat. Sesi post-mortem sesuatu kejadian harus diadakan selewat-lewatnya dua minggu selepas sesuatu kejadian. Contohnya pihak MARES dalam misinya yang pertama telah mengadakan post-mortem dalam masa 3 hari selepas pulang dari Segamat dan ini membantu apa-apa kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita dan ianya dapat membantu dalam misi-misi yang akan datang. Setiap bencana ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Dan setiap bencana tidak sama dengan mana-mana bencana kerana senario dan lokasinya yang berbeza. Pada ketika inilah kita menggunakan pengalaman yang ada dan hubungan kita antara pasukan penyelamat dan badan-badan NGO yang lain. Ada banyak perkara lagi yang ingin saya boleh  ketengahkan atau paparkan. Akhir kata misi ini dianggap misi yang berjaya dan bagi pihak MARES kami semua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota-anggota MARES yang terlibat dalam menjayakan misi ini tidak ketinggalan JPA3, Yayasan Salam, MAS (Emergency Management Centre) dan Nationwide Express tak lupa juga rakan-rakan ham dari Segamat dan juga rakan-rakan ham yang lain yang telah membantu dalam menjayakan misi ini. Semoga kita semua dapat bekerjasama dalam misi-misi yang akan datang.

Akhir kata bagi mereka-mereka yang tidak mampu bersama kami dalam sesuatu misi anda boleh membantu dengan menghulurkan bantuan lain seperti peralatan komunikasi, sleeping bag, makanan dan minuman kewangan dan lain-lain lagi.

Terima kasih.
 

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data



Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.