forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Ham FAQ Mari membaca
Mari membaca
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 22:34
Written by: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it (original post at http://groups.yahoo.com/group/mymares/message/1328 on Sunday, 9 July 2006)

Salam sejahtera dan assalamuailaikum kawan-kawan semua,

Pada minggu ini saya ingin berkisah tentang tajuk Mari membaca.....

Ianya bermula pada pagi sabtu tadi yang mana saya bersama seisi keluarga melawat ke Muzium Negeri Selangor, semata-mata kerana ingin melihat Pameran Hantu, Jin, Keranda dan..... Kebetulan disebelah muzium ini terdapat Perpustakaan Shah Alam yang besar saiznya (tetapi tidak dari segi bilangan bukunya). Selesai lawatan ke pameran hantu kami mengunjungi pula perpustakaan ini. Dalam pencarian pelbagai buku dalam Nombor Indeks siri 620, saya telah menemui beberapa buku yang telah membuka minat saya menulis. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai buku berkaitan radio amataur di malaysia? Ya bagi mereka yang menjadi penjejak ilmu melalui bacaan.. tetapi saya amat pasti jawapannya tidak (atau jarang-jarang ketemu) bagi mereka yang bukan ulat buku kejuruteraan.

Apa yang saya temui di perpustakaan ini ialah beberapa buku yang amat sesuai bagi pengamal radio amatur yang cenderung merekacipta (homebrew), Litar Elektronik Untuk Radio Amatir, salah satu buku yang amat menarik saya jumpa, menerangkan lebih 20 litar wajib seseorang pengamal hobi ini harus tahu, dari sebuah Litar Penerima Mudah hinggalah ke Beat Frequency Osscilator BFO malahan pra-penguat (preamp) yang mudah diterangkan dengan teliti dalam bahasa melayu indonesia yang mudah. Saya singkap dibahagian rekod pinjaman, wah.. sudah ramai peminjamnya bermula dari 1990! Mungkin ada dikalangan rakan-rakan saya ini yang pernah meminjam. Malahan saya bertemu dengan satu buku yang menyedarkan saya tentang perkara yang kita terlepas pandang, Dewan Bahasa Dan Pustaka rupanya ada menerbitkan buku berbahasa melayu tentang kejuruteraan Antena dalam bahasa melayu! Ah.. sedikit rugi rasanya buku Practical Antenna For All Aplication McGRaw yang saya beli tempohari di KLCC berbanding buku ini, olahannya bersahaja tetapi meliputi semua keluarga antena. Begitu juga buku terbitan UKM (mungkin untuk teks pembelajaran pelajarnya) yang menyentuh berkaitan komunikasi satelit.

Peristiwa di atas juga menyedarkan saya, begitu banyak bahan-bahan bercetak berkaitan radio amatur yang belum kita temui, tetapi ada di sekeliling kita... tersorok? mungkin. Mengimbas kembali ketika saya berkitar di Politeknik Ungku Omar, terdapat banyak buku berkaitan hobi amatur. Jika anda masih di sana, jangan lupa luangkan masa ke perpustakaan politeknik ini. Saya pernah bertemu dengan buku (lama) yang mnceritakan khusus tentang GaasFet, Tube/Valve, Collin Receiver (Tranceiver?), Propagation for SW Listener, Koleksi Practical Wireless yang di Hard Binding dari tahun 80an hingga hujung 90an, Antenna Handbook dan banyak lagi komponen elektronik radio sebelum era transistor. Semuanya buku lama... entah mungkin diterbitkan sebelum saya dilahirkan. Dan jangan lupa rakan-rakan di Ipoh, masih ada 2 perpustakaan yang mempunyai bahan tentang komunikasi radio iaitu Perpustakaan Negeri Perak dan Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Juga teringat satu perpustakaan yang terdapat rak khusus radio amatur.. di mana? Cubalah aturkan satu lawatan ke Perpustakaan Politeknik Shah Alam. Pertama kali saya menjejak kaki ke perpustakaan, saya terkejut... buku-buku yang selama ini hanyalah menjadi tatapan iklan di dalam Katalog Universal Radio berada di hadapan saya. Buku-buku seperti Practical Antenna Handbook 4th Edition (RSGB), Build Your Own HF Transceiver , ARRL Antenna Handbook, Television Radio Orbit (TVRO), Amateur Radio Dictionary, CBer, 27Mhz, Scanner, FRS For Dummies, Satellite Communication, TV & Radio Handbook, Shortwave Listener Manual, RTTY dan banyak lagi!! Semuanya masih baru tidak seperti di Politeknik Ungku Omar yang sudah hampir dimamah zaman tapi teerlalu bermanfaat. Apa yang masih saya kecewa adalah kerana saya tak berkesempatan membuat salinan ke atas beberapa bahan penting semasa saya ke sana terutama kandungan Jilid 1 hingga 8 buku koleksi Litar Projek elektronik MCGRAW (lebih 8 ribu litar berkait rapat dengan amatur radio)

Mungkin rata-rata rakan di Kuala Lumpur sudah singgah ke Perpustakaan Negara? Mungkin ada yang terjumpa sesuatu yang menarik? Kesimpulan dari pengalaman saya di atas ialah, kalau kita ingin menikmati hobi ini, kita hendaklah mencuba memperbanyakan pengetahuan melalui membaca. Pelajaran dari pengalaman haruslah disokong melalui bacaan atau tunjuk ajar (guru). Terdapat pelbagai cara pengamal radio amatur menikmati hobi ini, ada yang suka mendengar sahaja, ada yang suka berbicara dan berinteraksi, ada yang suka bereksperimen, ada yang suka berkenalan dan saling mengenali serta ada yang menceburi hobi ini kerana hobi yang lain. Tetapi semua kecenderungan ini tidak akan lari dengan ilmu pengetahuan.

Mengaitkan tajuk tulisan saya dengan tajuk di atas ialah marilah kita menambahkan ilmu dalam menikmati hobi ini dengan banyak membaca, tidak kira bahannya dari mana, internet? Perpustakaan? kedai buku? ataupun sumber lain. Yang penting pengetahuan kita akan bertambah. Saya seperti yang saya tulis memang meminati membaca, tetapi kekecewaan saya ialah saya pernah menjadi perumpamaan Tikus Jatuh Di Atas Guni Beras. Malangnya tikus itu tidak mengambil walau sebutir beras pun. Maka janganlah jadi seperti saya, gunakanlah peluang yang ada untuk mengunjungi perpustakaan terdekat bersama keluarga... cari-carilah buku berkaitan hobi anda di bahagian 620, nescaya ada sesuatu yang anda akan temui. Ia boleh melengkapkan apa sahaja kecenderungan anda berkaita hobi ini.

Saya masih teringat kepetahan seorang ham lama (Arwah), bila bertemu mata, beliau kerap dilontarkan kemusykilan oleh rakan sehobi berkaitan teori-teori radio amatur... dengan padat dan terperinci beliau balas persoalan-persoalan tersebut satu persatu. Apabila ditanya dari mana beliau mendapat jawapan-jawapan tersebut dengan mudah beliau menjawab dari pengalaman dan pengetahuan. Maka ada pula sahabat melontarkan persoalan, dari mana pengetahuan yang beliau dapat, jawapan yang mudah tetapi membuatkan kami tersipu-sipu malu... DARI MEMBACA. Kalau sedemikian jawapannya kenapa kita tidak mencarinya sendiri sebelum bertanya? Maka marilah kita menjadikan amalan membaca sebahagian dari hobi kita.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca, secara tidak langsung anda sudah memulakan hobi membaca.

p/s Sesetengah bahan di perpustakaan yang saya sebutkan mungkin sudah berubah
p/s Kunokuniya KLCC, Popular, MPH juga mempunyai bahan-bahan bercetak yang berkaitan dengan hobi kita.
p/s Toko-toko buku di Indonesia terdapat ratusan bahan bercetak terutama terjemahan buku berkaitan radio amatur berbanding Malaysia.

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
 

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data



Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.