forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Ham FAQ Budi Bahasa adalah Kunci
Budi Bahasa adalah Kunci
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 22:38

Fist published on Sunday 16 July 2006 at http://groups.yahoo.com/group/mymares/message/1363

Kunci utama untuk berjaya ke udara dan dihortmati oleh rakan ham yang
adalah BUDI BAHASA. Tiada cara serta perkataan yang sesuai boleh
menerangkan bagaimana rakan-rakan ham boleh berkongsi satu jalur dan
frekuansi dengan gangguan dan perselisihan yang seminima mungkin. Rakan
ham yang mepunyai minat dan bersopan pasti akan diterima walaupun
dimana-mana jalur. Jika anda sentiasa meletak keutamaan kepada sikap
sopan santun dan hormat menghormati anda jarang menghadapi kesukaran
semasa berada dimana-mana jaluran. Sebelum anda ke udara buat pertama
kali di jalur komunikasi FM dan Pancar Ulang anda harus mengetahui
Teknik Asas Pengendaliannya. Cara atau teknik adalah berbeza sedikit
mengikut lokasi dimana anda berada, disini beberapa prosedur am yang
boleh digunakan jika sesuai.

Jika anda mendengar Pancar Ulang masih digunakan, tetapi anda dengar
stesen yang ke udara tersebut akan mengakhiri perbualan dan keluar dari
jalur, sabar dan tunggu sehingga semua stesen keluar sebelum anda
memanggil stesen rakan anda. Jika anda mendengar perbualan tersebut agak
panjang, tekan PTT umumkan Tanda Panggilan (Call Sign) anda diantara
pertukaran giliran stesen tersebut. Selepas salah satu dari stesen yang
sedang ke udara menerima panggilan anda, dengan cara hormat anda
memaklumkan untuk membuat satu panggilan kepada stesen rakan anda.
Kebiasaannya salah satu stesen yang sedang keudara akan membantu anda
memanggilkan stesen yang hendak anda panggil tersebut. Jika tidak buat
panggilan anda seringkas yang mungkin. Jika rakan anda menjawab
panggilan anda, minta beliau bertukar Frekuansi Simpleks (Simplex
Frequancy) atau Pancar Ulang yang lain, atau menunggu sehingga stesen
yang keudara selesai dengan tajuk yang sedang dibincangkan atau keluar
terus dari Pancar Ulang tersebut. Ucapkan TERIMA KASIH kepada
rakan-rakan ham atau stesen yang sedang ke udara kerana membenarkan anda
membuat panggilan tersebut.

Sebaliknya, jika anda ditengah-tengah perbincangan dan ada rakan ham
yang lain masuk dan mengumumkan Tanda Panggilan (Call Sign) beliau
diantara pertukaran stesen anda, stesen selepas anda yang akan keudara
hendaklah memaklumkan stesen yang membuat panggilan tersebut untuk
membuat panggilan atau menyertai perbualan yang sedang ke udara. Adalah
tidak sopan jika anda tidak mengambil maklumkan panggilan tersebut atau
hanya memaklumkan ada pemanggil tetapi tidak memberi peluang rakan
tersebut untuk bercakap dan ke udara. Anda tidak tahu berkemungkinan
stesen tersebut amat memerlukan Pancar Ulang untuk membuat panggilan
segera. Kemungkinan besar stesen yang memanggil tersebut dalam situasi
kecemasan. Anda hendaklah segera memberi laluan kepada stesen tersebut
atau mana-mana stesen yang membuat panggilan agar tidak menjadi kerugian
kepada mana-mana pihak.

Sesetengah ham tidak dapat menahan keghairahan untuk menekan butang PTT
(Push-to-Talk) "Tekan untuk Bercakap". Mungkin ada baiknya jika PTT
ditukarkan kepada RTL (Release-to-Listen) "Lepas untuk mendengar".
Berhenti sejenak 2 - 3 saat diantara setiap pertukaran giliran stesen
untuk membenarkan mana-mana rakan ham yang ingin menyertai perbincangan
adalah satu cara yang baik untuk di praktiskan. JANGAN menekan PTT terus
selepas stesen yang lain melepaskan PTT apabila tiba giliran anda untuk
bercakap. Jika pertukaran dibuat terlalu cepat ianya akan menghalang
stesen lain dari memasuki jaluran atau apa-apa panggilan kecemasan.

Kebanyakan Pancar Ulang mempunyai jangkamasa yang telah ditetapkan TOT
(Timer off Time). Jika anda bercakap terlampau panjang melebihi dari
masa yang telah ditetapkan Pancar Ulang tersebut secara otomatik akan
tutup sementara.Sentiasa bercakap dengan seringkas yang mungkin dan
difahami oleh rakan yang mendengar. Perbualan yang pendek dan rengkas
akan membenarkan banyak rakan-rakan ham boleh menggunakan Pancar Ulang.
Kebanyakan Pancar Ulang mempunyai kemudahan ini, tutup sementara apabila
transmisi anda terlampau panjang dan melebihi masa yang dibenarkan.
Belajar cara bercakap yang rengkas dan senang difahami dalam jangkamasa
yang telah ditetapkan. Jangkamasa ToT setiap pancar ulang adalah
berbeza, ada diantara pancar ulang mempunyai masa yang cukup pendek
antara 15 saat dan ada yang sepanjang 3 minit. Sesetengah pancar ulang
berbeza bergantung kepada jumlah trafik di jaluran tersebut, semakin
banyak trafik semakin pendek masa dibanarkan.

Jika ada dua rakan ham bercakap serentak dalam satu masa, ia akan
menghasilkan pertindihan (doubling). Jika anda dalam pusingan
perbincangan yang sedang berjalan, keadaan ini akan menyebabkan
kehilangan pusingan atau giliran stesen mana yang sepatutnya selepas
satu-satu stesen ke udara. Ada satu cara yang amat berkesan untuk
mengelakan perkara tersebut dari berlaku adalah dengan sentiasa menukar
giliran dengan menyebut NAMA atau TANDA PANGGILAN. Dengan menyebut "Apa
pendapat anda, Othman?" atau "Silakan, 9W2CKO" untuk dari berlaku
kekeliruan dan pertindihan. Pastikan giliran yang diberikan kepada
mana-mana stesen selepas anda dalam pusingan giliran yang sedia ada,
jika terlupa atau terkeliru panggil mana-mana stesen yang ada untuk
memperbetulkan semula pusingan giliran agar tiada yang tertinggal atau
kucar kacir susunannya.

Kunci kepada kemahiran semasa ke udara di Pancar Ulang adalah,
percakapan yang cepat dan nada yang jelas akan banyak memberi ruang
kepada rakan yang lain. JANGAN membuat gangguan bising, menjerit atau
hanya suara tanpa tanda panggilan (Voice with no callsign), sekejap
keluar dan sekejap masuk. Jika anda dalam kumpulan yang sedang ke udara,
sabar pasti giliran anda untuk bercakap akan tiba. Apabila tiba giliran
anda untuk bercakap, bagi ruang masa 2 - 3 saat untuk rakan yang ingin
masuk, bercakap dengan penuh cermat dan sopan serta jelas. Bercakap
dengan bersemangat dan suara yang bertenaga serta sopan akan menunjukkan
anda dalam situasa yang penuh kegembiraan, kesabaran dan bersedia untuk
menerima apa-apa tajuk yang akan dibincangkan, situasa ini akan
memberikan kepuasan kepada anda dan rakan-rakan yang sedang ber QSO
dengan anda.

Perkara yang sepatutnya dibuat:

Bercakap dengan jelas dan JANGAN tekan atau melepas butang PTT mengikut
rentak anda bercakap, mula atau mengakhiri sesuatu ayat. Bagi masa
beberapa saat selepas anda menekan butang PTT sebelum mula bercakap, ini
bertujuan untuk memberi masa isyarat dari radio anda betul-betul sampai
ke Pancar Ulang (Boleh memegang Pancar Ulang). Tindakan ini adalah
bertujuan untuk menentukan transmisi anda tidak tertinggal dan rakan
yang menerima audio anda dapat mendengar dengan sepenuhnya. Jika anda
terpaksa mengulang apa yang anda perkatakan, akan banyak membuang masa
anda untuk ke udara dengan lebih lancar.

Jika Pancar Ulang ada isyarat ID, tunggu sehingga isyarat tersebut
selesai sebelum anda menekan butang PTT. Anda juga perlu memberi masa
antara 2 -3 saat selepas menerima giliran untuk bercakap, ini bertujuan
memberi masa yang cukup kepada rakan yang ingin masuk ke jaluran atau
pancar ulang.

Jika anda mendengar audio atau sekadar "Carrier" sahaja, beri peluang
dan maklumkan rakan tersebut status RST beliau. Jika perkara ini hanya
berlaku (Gangguan) kepada salah seoarang dari rakan yang sedang be QSO,
bermaksud ianya dibuat dengan sengaja (Jammer) walaupun setelah anda
menjemput ia masuk. Anda JANGAN mengambil tindakan yang boleh menarik
perhatian atau menyebabkan perkara tersebut berterusan, biarkan dan
anggap seperti ia tidak ujud. Jika anda mempunyai kelengkapan yang
lengkap buat rakaman sebagai bukti jika anda ingin membuat laporan
kepada pihak berkuasa.

JANGAN:

JANGAN bercakap bahasa radio (Jargon). Bercakap seperti mana anda
bercakap di telefon dan belajar dari rakan ham yang lebih berpengalaman.
JANGAN menggunakan sebutan yang mengelirukan contoh seperti "QSL",
"Roger", "Roger that", "10-4", "Dimana QTH anda?", "Handle disini
ialah..." atau mana-mana sebutan yang tidak sepatutnya dipakai dalam
keadaan perhubungan anda diudara TERANG dan JELAS. Penyalahan guna
sebutan (jargon) semasa berkomunikasi dalam CW, HF, CB (Citizen Band)
atau lain-lain bahasa komunikasi dibawa kedalam perhubungan atau
bercakap melalui Pancar Ulang Radio Amatur akan menyebabkan kekeliruan.
Anda hendaklah meletak dalam diri anda pada setiap masa ada banyak yang
sedang mendengar perbualan anda semasa keudara dan bukan ham akan
sentiasa memantau melalui pengimbas mereka. Anda mungkin tidak mendengar
mereka, tapi mereka mendengar perbualan anda. Tugas anda bercakap dengan
jelas dan menyampaikan yang terbaik agar difahami oleh semua pendengar,
menggambarkan tahap kecekapan anda semasa keudara sebagai seorang Radio
Amatur yang disegani.

JANGAN masuk secara mengejut (Pancung) semasa rakan masih bercapkap di
jaluran KECUALI anda mempunyai keutamaan Trafik seperti KECEMASAN atau
KEMALANGAN yang amat memerlukan bantuan.

JANGAN berkomunikasi dengan rakan yang berdekatan untuk membincangkan
sesuatu perkara yang bersifat persendirian di Pancar Ulang. Buat
panggilan anda di Jaluran Terus (Simplex), kecuali anda berada dalam
jarak yang jauh kerana Pancar Ulang memang disediakan untuk perhubungan
dalam jarak yang jauh.

JANGAN terlampau lama di Pancar Ulang jika perlu ringkaskan, kecuali
anda berada dalam kumpulan yang besar. Ini bertujuan untuk memberi lebih
ramai rakan-rakan menggunakan kemudahan Pancar Ulang.

EMPAT keutamaan trafik di Pancar ULang.

1. Stesen yang membuat Panggilan Kecemasan.
2. Stesen yang menggunakan kuasa rendah atau Radio Bimbit.
3. Stesen yang bergerak / Sedang Bergerak.
4. Stesen di Pangkalan / diluar pangkalan dengan kuasa yang tinggi.

Ikut peraturan seperti yang telah termaktub dalam buku Panduan untuk
Radio Amatur di Malaysia "GUIDELINES FOR AMATEUR RADIO IN MALAYSIA" yang
di keluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam buku panduan tersebut menyatakan anda perlu memperkenalkan Tanda
Panggilan (Call Sign) anda bila ke udara. Adalah amat perlu
memperkenalkan Tanda Panggilan anda apabila dalam satu kumpulan yang
besar atau selang 2 atau 3 pusingan apabila dalam kumpulan yang kecil.

Minta laporan Isyarat (Signal Report) dari mana-mana rakan yang keudara
jika anda menggunakan Radio Bimbit dengan Antena jenis "Rubber Ducky".
Radio Bimbit kerap mengalami kesukaran menghantar isyarat ke Pancar
Ulang. Kuasa yang rendah untuk mencapai Pancar Ulang kerap menyebabkan
bunyi yang tidak menyelesakan dan sukar untuk didengar oleh rakan yang
sedang ke udara.

Sentiasa ingat setiap kali anda keudara ada stesen dan pemantau yang
mendengar. Jangan membincangkan perkara yang bersifat peribadi dan
dengan sebaik mungkin anda hendaklah bersikap ramah, mesra, profesional
dan menghormati rakan yang sedang bercakap dan memantau.

Membantu pemilik pancar ulang.

Berapa kali pernah anda berfikir tentang pancar ulang yang anda gunakan
bila-bila masa, 24 jam sehari dan 365 hari setahun?

Ia memerlukan kewangan, masa, pengetahuan dan tenaga untuk mengendalikan
pancar ulang yang anda gunakan. Tiada sesiapa atau mana-mana rakan pun
yang dipaksa untuk menyertai mana-mana kumpulan atau kelab radio amatur,
anda bolah menggunakan mana-mana pancar ulang yang telah disediakan
tanpa menyertai mana-mana kelab dan anda hendaklah lulus Ujian Radio
Amatur serta mempunyai lesen yang sah untuk menggunakannya.

Anda hendaklah memikirkan bagaimana anda hendak menyumbang walaupun
sedikit dalam bentuk kewangan maupun tenaga kepada kelab yang
menyediakan perkhidmatan pancar ulang yang kerap anda gunakan. Ia
merupakan tanda sokongan untuk pancar ulang itu dapat digunakan setiap
masa.

Jadikan sebagai budaya apabila anda mengendalikan alat pemancar
diletakan pada kuasa yang paling rendah (Low Power Setting). Adalah
tidak perlu semasa anda menggunakan Jalur VHF atau UHF dengan kuasa yang
tinggi jika anda membuat panggilan terus kepada rakan anda atau berada
dalam kawasan capaian pancar ulang yang kerap anda gunakan. Kuasa yang
tinggi juga tidak baik untuk radio anda jika kerap digunakan, malah
ianya juga boleh mengujudkan gangguan (interfere) kepada pancar ulang
atau rakan yang berdekatan.

PELIHARA HAK KEISTIMEWAAN ANDA SEBAGAI SEORANG RADIO AMATUR

Kerana anda telah berusaha, berkorban masa dan kewangan untuk
mendapatkan lesen sebagai seorang radio amatur, anda hendaklah pelihara
HAK yang telah anda miliki. Cara terbaik yang sepatut anda lakukan ialah
mengendalikan stesen anda dengan profesional dan tunjukan bahawa anda
mengamal dan menghormati segala panduan yang disediakan sebagai seorang
radio amatur yang berwibawa. Sebagai seorang radio amatur, anda telah
menjadi ahli salah satu perkhidmatan yang amat membanggakan di seluruh
dunia. Ia hanya hobi yang anda boleh nikmati sepanjang hidup anda dan
berkongsi dengan keluarga dan kawan. Apabila anda menggunakan apa yang
telah anda pelajari disini, bagaimana hendak mengendalikan jalur FM dan
pancar ulang anda akan bertemu dengan ramai rakan yang mungkin akan
menjadi kawan rapat anda pada masa akan datang. Perkara yang terbaik
anda patut lakukan ialah dengan menghormati dan melayan mereka sebaik
mungkin, sebagai mana anda hendak mereka melayan dan menghormati anda.
Tiada apa yang anda perlu risaukan jika semua itu anda amalkan atau anda
boleh mula mengamalkannya sekarang.

PENUTUP

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini, sakadar pendapat
peribadi dan dari pengalaman saya yang cuba berubah kepada yang terbaik
dan dihormati. Tiada bertujuan untuk menyindir sesiapa sekadar panduan,
jika silap sila perbetulkan jika ada kebaikan itu adalah dari Yang Maha
Esa.

Sekian dari,

Bujang
9W2BBA
http://www.9w2bba.com/portal/
 

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data



Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.