forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Join
Bagaimana hendak menjadi Ahli MARES
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 20:46
Assalamualaikum salam wrt dan Salam Sejahtera untuk semua.

MARES mengalu-alukan lebih ramai lagi operator ham radio di Malaysia khususnya dan berbesar hati dengan pertanyaan anda.

Penggunaan radio amatur (ham radio) di Malaysia adalah dilesenkan di bawah Akta Komunikasi yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Seseorang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lesen Kelas B Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) dari SKMM. Untuk mendapatkan lesen Kelas B, anda perlu menduduki RAE - Radio Amateur Examination. Ujian ini dikendalikan oleh SKMM. Maklumat tentang ujian boleh didapati dari laman web SKMM (www.mcmc.gov.my) ataupun melalui hyperlink dari laman web kami www.mares.org.my. Kos menduduki ujian ini adalah RM50 dibayar kepada SKMM.

Lesen Kelas B membolehkan anda beroperasi pada frekuensi 28MHz, 50MHz, VHF 144.000-148.000MHz dan UHF 430.000-440.000MHz (sila rujuk laman web SKMM untuk maklumat terkini).

Selepas memegang lesen Kelas B selama sekurang-kurangnya satu tahun anda layak menduduki ujian CW untuk mendapatkan lesen Kelas A. Ujian CW memerlukan kemahiran menghantar dan menerima kod Morse. Selepas lulus RAE, anda dikehendaki memajukan permohonan Penguntukan Radas Kelas B. Yuran tahunan Kelas B adalah RM24. Untuk setiap permohonan, yuran pemprosesan adalah RM60. Seperti lesen memandu kenderaan, anda boleh memohon untuk membayar lesen sehingga untuk tempoh lima tahun. 


MARES membantu orang awam dan ahli-ahlinya membuat persediaan untuk menduduki RAE. Di laman web MARES ada diumumkan maklumat tentang kelas persediaan. Pengumuman mengenai peperiksaan radio amatur, boleh dilihat di laman web SKMM. Pendaftaran dan pertanyaan berkenaan kelas RAE boleh diajukan kepada Ketua Biro Pendidikan, di alamat emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Borang keahlian boleh dimuat-turun dari laman web MARES. Borang yang telah lengkap diisi berserta 2 keping gambar, dan bayaran penyertaan bolehlah dihantar ke Kelab MARES,  dialamatkan kepada Setiausaha Kelab MARES, dialamat yang berikut;

Urusetia Keahlian
Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES)
P.O. Box 8124 
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Untuk menjadi ahli MARES, anda perlu menghantar borang permohonan keahlian yang telah dilengkapkan beserta bayaran RM90 (RM30 pendaftaran, RM60 keahlian untuk 2 tahun) kepada Setiausaha MARES. Borang pendaftaran boleh didapati di sini

Borang Pendaftaran MARES

Borang yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan lambat diproses. Bagi permohonan tanpa gambar ahli, pihak MARES akan menggantikan dengan logo MARES pada kad keahlian anda.

Anda dialu-alukan untuk datang ke rumah kelab MARES di 4A Jalan Tinggi 6/12 PJ. Peta untuk ke rumah kelab MARES adalah seperti berikut:-

Peta ke Rumah Kelab MARES

Lazimnya, terdapat aktiviti di rumah kelab pada setiap pagi Sabtu dan Ahad, bermula jam 10 pagi.

Sekian,
73 de MARES

Setiausaha,
MARES Malaysia

 

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data



Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.