forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Ashwar 9W2FG
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please email us for inquiries..


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Regional Ham Society












Search more at


Home Disaster Info
Emergency Services Info
Gambar sekitar Misi Bantuan Banjir MARES
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 21:11
Salam Sejahtera,

Untuk tatapan semua, gambar-gambar sekita operasi misi bantuan komunikasi dan kemanusiaan MARES yang diadakan di Temerloh baru-baru ini, boleh dilihat di laman berikut:-

Gambar Operasi Misi
Banjir Pahang Dec 07 - food distributionBanjir Pahang Dec 07 - food distributionBanjir Pahang Dec 07 - food distributionBanjir Pahang Dec 07 - food distribution

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyertai operasi ini, terutama kepada pasukan Jet Ski, dibawah kelolaan En. Hamdan dari ExploreForce, dan kumpulan AirBoat kelolaan Datin Susi Nuraini. Tidak ketinggalan, semua rakan-rakan ham Temerloh yang turut sama memberikan sumbangan yang amat besar dalam memastikan operasi berjalan lancar.

Maklumat lanjut operasi Banjr akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

73 de MARES.
 
Misi Bantuan Kemanusiaan
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 21:10
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Warga Ham Radio,

MARES sedang merancang untuk membuat misi bantuan kemanusiaan ke daerah-daerah pendalaman di Negeri Pahang, seperti di Lancang, Teriang dan sebagainya yang terbabit dengan banjir baru-baru ini.

Dengan sedemikan, kami ingin memohon sumbangan dari orang ramai dan warga ham yang sudi dalam bentuk makanan, peralatan persekolahan, wang tunai dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sumbangan dalam bentuk pakaian tidak diperlukan. Sumbangan untuk kelancaran operasi misi juga amat dialu-alukan (seperti makanan, petrol/diesel, peralatan komunikasi, dan lain-lain).

Segala bentuk sumbangan, bolehlah dihantar terus ke Rumah Kelab MARES.

Bagi sumbangan berbentuk peralatan persekolahan, diharapkan agar sumbangan tersebut boleh diberikan dalam bentuk "goodie bag", untuk pelajar sekolah rendah atau menengah. Kandungan "goodie bag" boleh terdiri daripada beg sekolah, peralatan menulis, buku tulis atau peralatan berkaitan.

Lokasi penerimaan sumbangan adalah seperti berikut:

MARES Malaysia
4A Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Peta: Klik sini untuk peta lokasi

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi rakan-rakan berikut:-

Presiden - Abdul Aziz, 9M2AU 016-9007763
Setiausaha - Azizul, 9W2FD 012-3713960
Penyelaras Operasi - Salleh 9W2STT 019-2761499

Semoga sumbangan rakan-rakan diberkati dan dapat meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

73 de MARES

Last Updated on Thursday, 11 September 2014 14:12
 
SEGERA: Ops Banjir di Pekan Pahang perlukan bantuan
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 21:09
SEGERA

MARES telah menerima permintaan bantuan komunikasi kecemasan dari Bilik Gerakan Banjir JPA3 Pahang.
Pada hari Selasa dan Rabu(18-19 Dis 07) 2nd dan 3rd Responder Teams akan bergerak terus ke Kuantan Pahang.

MARES dan rakan-rakan di Kuantan dan Pekan memerlukan sukarelawan untuk 2nd dan 3rd Responder Teams
mulai dari 18 Disember 07. Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan mulai dari tarikh tersebut

 Sila hubungi 9W2STT - Salleh  019-2761499 dengan kadar SEGERA.

1st Responder Team telah bergerak ke Pekan pada hari Isnin 17 Dis 07. Mereka memerlukan sokongan lebih ramai operator radio.

Bantuan dalam bentuk rangsum dan pembiayaan kos misi ini juga amat dialu-alukan.

73 de 9W2FD
 
Bencana Banjir Johor 2006 - Anggota MARES turun padang
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 21:08

Oleh: Abdul Aziz Mohd Nor, 9M2AU

Ramai dari rakan Radio Amatur yang kurang arif tentang apakah tugas dan fungsi MARES atau Radio Amatur yang lain dalam sesuatu kejadian bencana. Dan baru –baru ini berlaku satu kejadian bencana banjir yang terbesar di Negeri Johor.

Johor - 19 Disember 2006 

Banjir yang belaku pada kali ini adalah yang terburuk semenjak tahun 1971. Sejak 19 Disember 2006. Pihak BKN (Bahagian Keselamatan Negara) mencatatkan lebih dari 120,000 penduduk dipindahkan, mereka semua ditempatkan  di 153 pusat pemindahan di sekitar Johor. Bencana kali ini telah menguji tahap kecekapan kita. Walau bagaimana pun bencana  ini berbeza dengan Tsunami pada tahun 2004 dan banjir yang berlaku pada 2002 di Kuantan, mahupun kejadian Highland Tower dan nahas pesawat kapal Terbang.


Baca berita selanjutnya disini.
Read more...
 
TERKINI! Penangguhan Latihan Komunikasi Kecemasan 1/2007
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 21:08
Salam Sejahtera kepada Semua,

Untuk makluman, Latihan Komunikasi Kecemasan, Mencari dan Menyelamat (SAREX) siri 1/2007 yang dijadualkan pada 13 Januari 2007 sehingga Ahad 14 Januari 2007, DITANGGUHKAN ke suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. Ini adalah kerana situasi banjir yang dijangka akan berlarutan sehingga ke penghujung bulan Januari 2007.

Buat masa kini, MARES sedang melancarkan operasi bantuan komunikasi kecemasan di Segamat, Johor.

Ahli-ahli yang boleh membantu operasi tersebut dari sudut masa, tenaga, peralatan dan kewangan diminta berhubung dengan 9M2AU Aziz, 9W2DJ Dahalan ataupun 9W2BBS Fahroe di Repeater 9M4RES.

Sila lawat laman web MARES untuk mendapat berita terkini. Terima Kasih dan Harap Maklum.

 
« StartPrev12345678NextEnd »

Page 6 of 8

Join us at...

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 07 October 2018

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed

Solar-Terrestrial Data


feed-image Feed Entries

Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2015. Powered by Joomla!. Valid XHTML and CSS.